Blog Firdaus Azizi

Google Perkenalkan Label ‘Mobile-Friendly’

Mengikut info daripada Search Engine Land, Google telah memperkenalkan label ‘Mobile-Friendly' secara rasmi setelah mencuba beberapa variasi sebelum ini.

Ini adalah paparan yang akan keluar di Google versi mobile yang menyatakan website tersebut sesuai untuk dibuka di mobile atau tidak.

Contoh Mobile Friendly Label yang akan diperkenalkan oleh Google
Contoh Label Mobile Friendly

Antara syarat untuk website atau blog anda disahkan mesra mobile:

  1. Tidak menggunakan script / software yang tidak mesra mobile, contohnya Flash
  2. Menggunakan text yang boleh dibaca tanpa perlu zoom
  3. Content muat dalam skrin, tanpa perlu scroll ke kiri dan kanan
  4. Link di dalam website boleh di ‘tap' dengan mudah menggunakan jari (spacing tak terlalu rapat)

Anda boleh menyemak sama ada website atau blog anda mesra mobile dengan menggunakan Google Mobile-Friendly Test.

Ini result untuk blog saya 🙂

Google Mobile-Friendly Test Untuk Blog FirdausAzizi.my
Result Google Mobile-Friendly Test

Adakah Blog Anda Mesra Mobile?

Jika blog anda masih belum menggunakan theme atau plugin yang mesra mobile, silalah berbuat demikian secepat mungkin.

Google dah banyak kali beri hint bahawa tahap Mobile-Friendly ini akan dijadikan sebahagian daripada ‘Ranking Factors‘ di SERP (Search Engine Result Page).

Yang menggunakan Blogspot, dah ada built-in mobile version yang boleh dipilih.

Pengguna Blogspot boleh memilih theme mobile di bahagian template
Pilihan Mobile Template Blogspot

Kalau yang gunakan WordPress pula, anda boleh gunakan theme jenis responsive ataupun plugin seperti WPTouch untuk menjadikan blog anda mesra mobile.

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama

Saya yakin perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Klik butang ‘Share' di bawah supaya rakan-rakan anda juga mendapat manfaat.

Terima kasih!

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Cara Buat Blog Yang Menghasilkan Jualan

Macam Mana Nak Dapatkan Jualan Dari Blog?

Untuk yang biasa buat jualan di Facebook, mesti ada yang tertanya-tanya, “Macam mana orang buat jualan guna blog?” Atau… “Ada ke orang baca blog lagi zaman sekarang?” Dalam entri kali ini saya akan cuba menjawab persoalan di atas 🙂 Manusia Zaman Sekarang Suka ‘Google’ Tahukah anda bawah setiap saat, Google akan memproses secara purata 40,000

Read More »
Kesilapan Buat Bisnes Tanpa Ada Blog

Kesilapan Yang Buatkan Bisnes Saya Jatuh Tersungkur…

Bila buat bisnes, akan ada masa kita untung, akan ada masa kita rugi dan kecundang. Kerugian itu bukan didatangkan oleh Allah saja-saja sebab suka. Tapi sebab Dia nak suruh kita belajar dan perbaiki diri menjadi lebih baik. Sebab itu bila hampir rasa nak kecundang, cepat-cepat bangkit balik dan cuba lihat apa yang Allah nak suruh

Read More »

12 Comments

Comments are closed.