Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,
[Entri Updated (9/1/2014) – Link untuk direct download Adobe Photoshop CC]
Insya-Allah hari ini saya ingin berkongsi tentang ilmu baru yang saya belajar minggu lepas; cara mudah dan pantas untuk membuat eBook cover yang cun. Contoh eBook cover yang berjaya saya siapkan dalam masa tak sampai 10 minit boleh rujuk gambar di bawah.
Apa Yang Anda Perlukan
Untuk membuat eBook cover ini, anda memerlukan:
1. Adobe Photoshop
Kalau anda belum ada software Adobe Photoshop, boleh download dari laman web Adobe dan daftar untuk mendapatkan free trial selama 30 hari. Proses download ini mungkin akan memakan masa yang agak lama, bergantung kepada kelajuan internet anda.
Update 9/1/2014 –聽Link untuk聽direct download Adobe Photoshop CC. Pastikan anda mengikut arahan yang telah disediakan di laman tersebut.
2. PSD Action File
Action file ini adalah sejenis skrip automatik yang akan memudahkan anda untuk mentransformasi design 2D (dua dimensi) kepada 3D (tiga dimensi). Anda boleh mendapatkan koleksi PSD action file dari PSDcovers.com secara percuma.
Secara peribadi, saya sukakan design MAG001 dan SOFTCOVER001. Anda boleh pilih mana-mana design yang anda suka.
3. Design Muka Depan (2D)
Untuk orang yang jahil Photoshop seperti saya, saya suka guna Microsoft PowerPoint sebab ianya ringan dan user friendly. Saya suka sarankan untuk anda mendapatkan PowerPoint 2010 ataupun 2013 sebab terdapat banyak fungsi-fungsi yang canggih dalam edisi tersebut. Antaranya:
- Boleh remove background dari gambar dengan mudah. Tak susah macam guna lasso tool dalam Photoshop
- Boleh enhance gambar untuk mendapatkan pencahayaan dan kontrast yang menarik
- Pilihan gaya font (WordArt) yang lebih cun
- Dan banyak lagi…
Bagi saya, learning curve untuk Photoshop agak mencabar sebab ianya terlalu canggih dan hanya sesuai untu yang betul-betul menceburi bidang design-design nih.
Contoh design muka depan yang dibuat menggunakan PowerPoint seperti di bawah. Saya tak pandai buat design yang canggih dan fancy. Cukuplah design simple yang orang sekali pandang boleh faham.
4. Kesungguhan dan Keazaman yang Tinggi
Ini memang wajib ada kalau nak buat apa-apa benda sekalipun. Kalau sendiri takde kesungguhan, lupakan saja nak teruskan membaca. Tuturial ini hanya untuk yang betul-betul nak buat sendiri eBook cover.
Design Muka Depan eBook Cover
Sebelum anda nak design muka depan eBook anda, adalah lebih baik untuk check size template muka depan dalam PSD action file yang telah anda download. Ini supaya gambar yang anda design muat lawa-lawa dalam template tersebut.
Kalau anda design dengan size yang salah, ada kemungkinan gambar anda akan:
- Distorted (memanjang ke satu arah dan memendek ke satu arah)
- Pixel kelihatan pecah-pecah (ini berlaku kalau gambar anda terlalu kecil)
Caranya nak tau size template seperti di bawah:
1. Install PSD Action File
Kalau anda belum install PSD action file yang dah di download tadi, sila install sekarang. Anda hanya perlu unzip file yang telah anda download dan double klik file dengan extension ‘.atn'. Boleh rujuk gambar di bawah.
Action file ini akan di install secara automatik. Oh, pastikan sebelum itu anda dah install Adobe Photoshop.
2. Dapatkan Size untuk eCover dan Spine (sikat buku)
Nak tulis rasa macam susah. Cara paling mudah, rujuk video di bawah.
3. Design Muka Depan
Untuk tutorial ini, saya menggunakan Microsoft PowerPoint 2013. Kalau anda nak gunakan software lain pun takde masalah. Janji size untuk gambar tersebut seperti dalam langkah 2 di atas.
Sambung dengan video ke-2.
Transformasi 2D ke 3D Dengan Photoshop
Ini adalah langkah terakhir. Anda hanya perlu masukkan design muka depan yang telah anda buat ke dalam template PSD action file pilihan anda.
Boleh rujuk video terakhir di bawah.
Design eBook Cover Anda Dah Siap
Alhamdulillah, design untuk eBook cover anda dah siap. Mudah bukan? Tak perlu susah-susah upah orang untuk buat. Tapi kalau nak design yang lagi canggih, boleh la dapatkan designer untuk buatkan.
Tips terakhir: Gambar yang dihasilkan oleh Photoshop adalah dalam resolusi yang sangat tinggi. Kalau nak share di Facebook atau masukkan di blog, anda boleh kecilkan size menggunakan software seperti Photoscape (software kegemaran saya).
Update 9/1/2014 – Boleh cuba cara yang dicadangkan oleh Bro Anarm di ruangan komen.
Sekian saja untuk kali ini. Sekiranya anda merasakan tutorial ini bermanfaat, silalah tekan butang Like dan Google+.
P.s. – Apa tutorial lain yang anda berminat nak belajar? Boleh share di ruangan komen 馃檪
26 Comments
aku memang tak pakar sangat baba-bab edit ni… tq atas info ni..
wah, dah ada ebook sendiri. atau cover nya sahaja tu? hehehe…
sy pun dah lama install bendalah tu. senang sangat ada action file tu kan?
sesekala saya buka juga tempahan buat ecover ni bila free
Seronok kalau pandai dengn adobe photoshop..macam2 boleh buat..hehe
Memang seronok main dengan Photoshop kalau pandai. Saya pun newbie jer nih. Buat design simple guna laptop lama. Itu pun kadang-kadang hang dan tak cukup disk space.
bab ni yang aku paling lemah. biasa isi aku tulis, cover orang buatkan. takpe modal sikit asalkan berbaloi. hehe. photoshop level 0!