Dua Parameter Penting WAJIB tahu dalam Sales Funnel

“Saya dah ada Sales Funnel tapi kenapa masih tiada jualan?”

Ini antara soalan yang biasa ditanya selepas seseorang usahawan itu membuat sales funnel bisnes mereka.Sebelum anda meneruskan membaca artikel,pastikan anda fahan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan sales funnel.Di dalam artikel ini ada menerangkan apakah asas Sales Funnel yang perlu ada.

Okay sekarang dah faham apa itu sales Funnel?Kalau dah faham bagus…anda boleh teruskan bacaan anda.

Tugas utama sales funnel adalah untuk menukar seorang STRANGER kepada BUYER.Dalam erti kata yang lain anda perlu convert mereka yang tak kenal anda kepada pembeli untuk produk/servis anda.Mari kita lihat apakah komponen yang ada di dalam sesebuah Sales Funnel.

Sales_Funnel_CR

Ada dua parameter penting yang anda kena tahu di dalam Sales Funnel anda.Parameter tersebut ialah TRAFFIK dan juga CONVERTION RATE (CR). Convertion rate terbahagi kepada dua iaitu Prospek CR (PCR) dan juga Customer CR (CCR).Jom kita lihat dengan terperinci apa yang dimaksudkan dengan dua parameter yang penting ini.

Apa itu Traffik?

Traffik adalah jumlah orang (Stranger) yang masuk ke dalam sistem Sales Funnel anda. Traffik juga dikenali sepagai INPUT bagi sesebuah Sales Funnel.Kebiasaanya traffik diperolehi melalui iklan yang dibuat.Iklan boleh dikategorikan kepada dua jenis.Iklan berbayar dan juga Iklan percuma.Contoh Iklan berbayar adalah seperti menggunakan FB Ads,Google Ads,Instagram Ads dan sebagainya.Contoh bagi Iklan percuma ialah perkongsian melalui profil FB ,FB Group, Whatsapp,Telegram dan sebagainya.

Apa itu Convertion rate?

Conevretion rate menentukan berapa ramai yang telah menjadi sama ada prospek ataupun customer.PCR menentukan peratusan berapa ramai STRANGER bertukar kepada PROSPEK manakala CCR menentukan berapa ramai PROSPEK yang bertukar menjadi CUSTOMER.Rumus untuk kedua-duanya ada pada gambar di atas.

“So…apa benda yang saya nak kena tahu?”

Okay mari kita lihat contoh dibawah ini..katakan jumlah Traffik adalah sebanyak 10,000 dan PCR dan CCR adalah sebanyak 1% sahaja.Berapakah customer yang bakal anda dapat?

Sales_Funnel_1

Ya..hanya 1 Customer yang anda bakal dapat.

“1 jer customer?…tak masyuk la…camana nak tingkatkan lagi customer?”

Haaa…sebab tu anda kena tahu dua parameter diatas..cara untuk naikkan customer adalah dengan menaikkan salah satu anda parameter di atas. Contohnya katakan anda tingkatkan traffik kepada 100,000 dengan mengekalan PCR dan CCR pada kadar yang sama (1%) ,bilangan customer anda akan meningkat kepada 10 orang.

Sales_funnel_2

Sekarang cuba anda ubah pula PCR dan CCR kepada 7% dan 5%..berapakah bilangan customer yang bakal anda dapat?

Sales _funnel_3

“Wahhh…saya dapat dalam 350 customer..terima kasih tuan atas ilmu ini?”

Sebenarnya tak susah pun nak bina sales Funnel dan adjust Sales Funnel ini agar ianya sesuai dengan objektif yang anda tetapkan.

Semoga Bermanfaat.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *