Meta Ads: Cuba check setting ads ni jika anda ada masalah link clicked tak tally

Walaupun ramai orang cakap pembeli dah beralih ke Tiktok…

Sebenarnya ramai je lagi yang masih running iklan di Meta kan?

Bukan sebab kita tak nak move on, tapi sebab kuasa membeli di Facebook masih “legit”.

Baru-baru ni kami buat comeback buat Kelas Meta Leads Ads.

Ramai jugak yang share pasal leads mahal, link click tak tally dengan jumlah leads masuklah…

InsyaAllah untuk sharing hari ni, kami akan share berkenaan dengan isu link clicks tak tally.

Maksudnya yang keluar di Ads Manager, tak tally dengan jumlah leads yang masuk dekat WhatsApp atau landing page kita. 

Semua marketer alami masalah yang sama…

Sebenarnya masalah link click tak tally ni normal.

Sebab apa?

Satu, memang data dekat Ads Manager tak tepat.

Tak kisahlah data link clicks ke, conversion ke, purchase ke…

Data di dashboard manager tu memang takkan tepat 100%.

Tapi untuk dijadikan rujukan untuk pantau prestasi iklan, kena tengok keadaan.

Kekadang relevan.

Kekadang tak logik pun ada.

Tapi kita ketepikan isu ini, sebab memang luar kawalan kita.

Sebab kedua kenapa data link clicked tak tally, boleh jadi bila traffic klik link WhatsApp, tapi dia tak teruskan conversation dengan kita.

Kekadang scroll iklan terklik. Normal.

Ada pulak nak WhatsApp kita dah, tapi kita punya prefilled text itu ada banyak info yang perlu diisi.

Contoh belum apa-apa dah set mintak nama, no tel, & maklumat lain.

Secara logiknya kita memang perlukan info tersebut.

Tapi secara phycology-nya, ia merenyahkan. First impression yang leceh.

Untuk anda yang bawa traffic ke landing page pula…

Mungkin traffic memula masuk, dia hanya tengok sekilas pandang & keluar tanpa isi form.

Tapi disebabkan mereka dah klik link, data link clicks itu dah dikira sekali.

Sebab itulah kita tengok link klik banyak, tapi leads tak masuk.

Selain itu boleh rujuk balik content landing page terutama di bahagian “form” yang perlu diisi.

Adakala kenapa orang tak jadi nak share data mereka, sebab data yang kita perlukan dari mereka mungkin:

 

    • Terlampau sensitif (contohnya no kad pengenalan/IC)

    • Terlampau banyak soalan (sampai traffic rasa malas nak isi, leceh)

    • Complicated (contoh data yang perlukan mereka rujuk ke tempat lain, yang mereka tak boleh nak terus isi)

Habis tu, tak da cara lain ke nak tambah baik isu data link clicks tak tally ni?

Ada. Salah satunya, kita boleh recheck setting iklan kita di bahagian tetapan “performance goal”.

Kami perasan ramai tak perasan setup mereka di tetapan ini.

Kalau objektif iklan kita nak sales, janganlah pilih performance goal kita nak “maximize link clicks”. 

Sebab nanti Meta akan optimize iklan kita dengan cari orang yang suka klik.

Kita kalau boleh tak naklah orang yang hanya suka klik tapi tak membeli, kan?

Nanti boleh recheck balik tetapan performance goal iklan anda, pastikan ubah ikut apa objektif iklan kita.

Tapi, kalau setting iklan semua dah okay, landing page okay, tapi masih isu sama jadi…

Kemungkinan besar ia disebabkan oleh point pertama yang kami dah explain di atas.

Ingin belajar strategi Meta Ads terkini bersama kami?

Memperkenalkan

Dalam panduan ini, kami ada kongsikan bagaimana kami lancarkan iklan untuk dapatkan lead berkualiti.

Ada banyak objektif yang kita boleh guna, tapi tak ramai tahu tips & trick untuk ‘ajar’ Meta Ads carikan audience yang sesuai & optimize iklan kita lebih cost efective.

Dalam masa sama juga, kami tunjukkan anda cara baca metrik-metrik penting, monitor iklan & buat kira-kira asas agar iklan anda memberi pulangan yang maksima.

Tak lengkap sekiranya kami hanya dedahkan rahsia setup iklan, jadi kami juga beri akses kepada anda cara hasilkan copywriting lead dengan Chatgpt & cara hasilkan kreatif iklan.


Saya Nak Panduan Meta Lead Ads

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *