Pesakit Semakin Berkurang? Tingkatkan Pengunjung Klinik Anda dengan 5 Strategi Ini!

Sejak kebelakangan ini, kita boleh lihat klinik baru muncul di mana-mana.

Orang lama cakap, “macam cendawan tumbuh lepas hujan”. 

Kalau dulu, kebanyakan klinik tak perlu jalankan kempen pemasaran kerana pelanggan yang datang walk-in “ramai”.

Tapi sekarang, dengan semakin banyak klinik yang buka, pelanggan makin berkurang. 

Sebab…

Pelanggan dah ada lebih banyak pilihan klinik berdekatan mereka. 

Dalam situasi ini, bisnes klinik tak boleh lagi berada di comfort zone dengan mengharapkan pelanggan walk in saja.

Pemasaran dah jadi satu keperluan untuk tarik pelanggan. 

Nak tahu macam mana? 

Jom kami kongsikan 5 strategi pemasaran yang boleh bantu klinik anda menarik lebih ramai pengunjung.

#Strategi 1: Paid Ads

Sekarang ni, paid ads atau iklan berbayar adalah antara cara yang paling berkesan untuk menyebarkan kewujudan klinik anda. 

Dengan paid ads, kita boleh sasarkan iklan kepada penduduk setempat yang mungkin masih belum tahu tentang klinik anda.

Tetapi kita buat ads ni bukan semata-mata nak orang alert dengan kewujudan klinik jer.

Kita boleh buat kempen-kempen iklan untuk cari mereka yang berminat dengan servis -servis lain yang kita tawarkan.

Jadi, jika anda sedang consider nak mula run ads bagi klinik anda, kami cadangkan anda boleh buat jenis iklan di bawah untuk klinik anda:

a) Localize Ads:

Iklan jenis ini sangat bagus untuk sasarkan orang di kawasan sekeliling tentang kewujudan klinik anda.

Dengan jenis ads ni anda boleh sasarkan orang yang berada di radius berapa kilometer daripada klinik.

b) Traffic Ads:

Iklan trafik sesuai untuk mempromosi servis yang tak memerlukan pelanggan walk-in, yang boleh diaturkan dengan appointment.

Di antara servis yang sesuai seperti check-up bayi, khatan, konsultasi kesihatan seperti ikhtiar hamil, pengurusan berat badan, & medical check-up.

Atau contoh lain, anda boleh  fokus dengan kempen yang mengikut kalendar/ keadaan semasa.

Contoh: Kempen vaksin umrah, influenza, khatan yang mana sesuai dibuat ketika nak masuk musim cuti sekolah/ hujung tahun.

c) Lead Generation Ads:

Ada servis atau sample percuma yang boleh klinik anda tawarkan kepada bakal pelanggan?

Contohnya kebanyakan klinik yang ada check up untuk ibu & anak akan dapat sample susu.

Instead anda berikan sample percuma pada pelanggan yang walk in saja, apa kata anda buat iklan lead generation.

Lead generation ni maksudnya, kita buat iklan dengan fokus nak dapatkan database potential customer.

Jadi, anda boleh buat iklan lead generation ini dengan wawarkan sample atau servis seperti konsultansi percuma.

Syarat, perlu isi form dahulu sebelum tebus.

Namun, jika ia melibatkan servis konsultansi, sebaiknya anda uruskan dengan setup apppointment & survey ringkas terlebih dahulu.

#Strategi 2: Hebahan Mesej

Kami pasti klinik anda dah ada ramai pesakit tetap. 

Jika sebelum ni mungkin anda hanya simpan database pelanggan fokusnya pada rekod pesakit sahaja…

Apa kata gunakan database pelanggan anda untuk hantar hebahan bagi promosi yang berlangsung di klinik.

Sebab tak semestinya pelanggan yang pernah ke klinik anda tahu servis / promo lain yang ada di klinik anda.

Jadi, jangan bazirkan database pelanggan yang kita ada dengan berharap mereka akan datang semula “bila perlu” atau “bila sakit” saja.

Tak kisahlah anda nak buat hebahan melalui emel, SMS atau WhatsApp…

Sebab sasaran kita nak naikkan jualan.

Kalau boleh kita nak mereka datang kepada kita berkali-kali dengan ambil servis lain seperti vaksin atau medical check up…

Dengan cara ni, barulah anda boleh tingkatkan Lifetime Value (LTV) pelanggan sedia ada.

Tapi, LTV ini apa?

LTV ini adalah berapa nilai pembelanjaan yang telah dibelanjakan oleh seorang customer kepada bisnes kita.

Jadi, keperluan kita buat hebahan adalah untuk ajak pelanggan datang berkali-kali dan impaknya sales klinik akan bertambah.

#Strategi 3: Banner dan Bunting di Sekitar Klinik

Kalau run ads & nak buat hebahan kepada database sedia ada, mungkin sukar jika tiada team yang berpengalaman untuk buat.

Tapi, janganlah tak buat apa-apa langsung.

At least boleh usahakan letak banner & bunting di sekitar klinik.

Walaupun cara ini old school, tapi berkesan.

Bukan apa, rata-rata klinik cuma ada papan tanda untuk letak nama klinik saja. 

Tapi kalau anda nak tarik lebih ramai pelanggan…

Mungkin anda boleh buat kelainan dengan cuba letakkan banner atau bunting yang jelas menunjukkan promosi atau servis yang sedang berjalan.

Bagusnya bila ada banner & bunting ni, kalau orang lalu lalang…

Mereka tahu jugak servis apa yang ada di klinik kita.

Lambat laun bila perlu, nanti mereka datang ke klinik kita pulak untuk dapatkan rawatan.

#Strategi 4: Branding yang Konsisten dan Menarik

Selain buat ads, hebahan mesej atau letak banner/ bunting di luar klinik…

Branding klinik anda juga penting untuk dikembangkan.

Sebab bila kita buat strategi-strategi di atas, akan ramai orang berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan servis kita.

Dan kebiasaan orang bila nak membeli atau dapatkan rawatan, pasti mereka akan buat research dahulu, betul?

Itulah sebabnya kita kena buat branding.

Cuma fokus branding yang kami galakkan ianya lebih kepada bagaimana anda membina kepercayaan dengan bakal pelanggan. 

Branding yang kuat akan buat bakal pelanggan rasa lebih yakin untuk datang ke klinik anda. 

Contohnya anda boleh create page/ akaun di social media & aktif hasilkan content yang valuable untuk mereka.

Klinik yang kerap berkongsi tip kesihatan, info tentang penyakit, atau servis yang ditawarkan akan nampak lebih professional dan boleh dipercayai. 

Selain itu, usaha ini juga membantu membina kesedaran kepada mereka yang tengok video anda.

Sebagai contoh anda buat video-video yang relate dengan servis medical check-up.

Banyak topik menarik yang berkaitan medical check up yang anda boleh buat.

Contoh content video:

+ Kepentingan buat medikal check up

+ Jenis medical check up

+ Kekerapan medical check up

+ Case study/ storytelling real story dari pesakit-pesakit yang pernah anda jumpa yang boleh dijadikan iktibar & pengajaran.

Yang penting, objektif utama kita nak galakkan lebih ramai orang buat medical check up, demi kesihatan mereka. 

#Strategi 5: Perbaiki Customer Service

Bila anda dah buat iklan dan promosikan servis klinik, pasti akan ada banyak leads baru masuk yang berminat nak tahu lebih lanjut. 

Di sini, customer service memainkan peranan penting untuk menjawab persoalan serta closing mereka untuk datang ambil servis di klinik kita. 

Respond yang pantas sangatlah penting bakal tidak hilang minat dan mencari klinik lain.

Jadi, kami cadangkan anda tambah baik customer service klinik anda dengan menggunakan sistem WhatsApp Automation yang mempunyai fungsi seperti:

  • Auto Reply:

Memberikan respons segera sebagai “penyambut tetamu” bagi leads yang baru masuk.

  • Chatbot:

Mengautomasi jawapan kepada soalan-soalan lazim pesakit dan menguruskan janji temu dengan lebih cekap terutama di luar waktu operasi klinik.

Malah ada sistem WhatsApp automation seperti Wabot, kini siap boleh setup chatbot di WhatsApp dengan bantuan AI.

Maksudnya anda bagi info pada AI, kemudian AI akan tolong reply pertanyaan-pertanyaan secara automatik 24/7, 7 hari seminggu!

  • Auto Follow-Up:

Nak follow up setiap seorang pelanggan memang renyah. Tapi kalau ada sistem, anda boleh setup follow up secara automatik tau.

Tak adalah kes terlupa follow-up-kan? Cuma nak follow up kenalah ada strategi.

Kalau nak belajar strategi follow up pelanggan baru, pelanggan lama atau prospek, kami dah ada blueprint yang diajar dalam kelas Follow Up Mastery tau.

Boleh klik butang di bawah untuk lihat tarikh kelas terdekat:

  • Broadcast:

Broadcast ini tak sama fungsinya dengan yang ada dalam applikasi di WhatsApp.

Fungsi broadcast di WhatsApp yang ada di phone kita hanya akan diterima oleh contact yang dihantar jika mereka “save” nombor anda.

Sistem ini boleh hantar mesej di WhatsApp kepada contact list walaupun penerima tak save nombor anda.

Yang lagi best, kalau memang database anda dah siap ada nama, anda boleh buat personalize mesej siap mention nama mereka dengan hanya satu tetapan!

Tak payah nak copy, paste & adjust setiap kali nak broadcast.

Sistem WhatsApp Automation yang kami maksudkan bukan applikasi WhatsApp atau WhatsApp Business yang ada dalam phone anda.

Ia adalah satu tools untuk upgrade lagi penggunaan applikasi WhatsApp sedia ada untuk ada tambahan fungsi seperti di atas untuk memudahkan team customer servis anda.

Untuk mencuba semua fungsi di atas, kami sarankan anda menggunakan sistem Wabot.

Paling tidak pun daftar akaun trial & manfaatkan kuota mesej percuma untuk permulaan. 

Kesimpulan

Baik, kita sudah sampai di hujung artikel.

Sekali lagi kami nak tekankan…

Dengan keadaan yang sangat kompetitif, klinik tidak boleh lagi bergantung kepada pelanggan walk-in semata-mata. 

Jadi, kita perlu lebih proaktif untuk dapatkan pelanggan baru & maintain kepercayaan daripada pelanggan sedia ada.

Kami harap 5 strategi yang dikongsikan di atas, boleh membantu anda tingkatkan pelanggan di klinik kelak.

Semoga bermanfaat.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain Yang Mungkin Anda Minat