Sekarang dah masuk tahun 2019…
Dan seperti biasa, setiap tahun pastinya akan datang dengan cabaran baru buat kita yang bergelar usahawan.
Jadi dalam post kali ini, saya nak kongsikan beberapa topik dan artikel yang saya kira penting untuk menghadapi tahun 2019.
1. Jangan Asyik Guna Objektif “Engagement”
Kalau anda biasa dok buat iklan “Engagement” sahaja, saya galakkan anda cuba juga objektif lain seperti “Traffic”, “Messages” dan “Video Views”.
Setiap objektif akan memberikan result yang berbeza; dan mungkin ada yang lagi perform berbanding iklan “Engagement”.
Saya terangkan lebih lanjut dalam artikel ini.
2. Buat Iklan Jenis Click to Messenger atau Click to Whatsapp
Iklan style ayat iklan panjang berjela dengan banyak gambar semakin mencabar untuk mendatangkan hasil.
Sebab itu sekarang 80% iklan yang saya dan team buat adalah iklan jenis “Click to Messenger” dan juga “Click to Whatsapp”.
Tak susah pun nak buat.
Boleh rujuk artikel ini dan juga yang ini.
3. Belajar Guna Messenger Bot
Walaupun penggunaan Whatsapp lebih meluas dari Messenger, satu kelemahan paling ketara untuk Whatsapp adalah ianya sukar untuk diautomasikan.
Sebab itu Facebook sendiri mencabangkan penggunaan Messenger Bot untuk automasikan sale.
Kalau tak boleh terus close sale di Messenger, sekurang-kurangnya boleh guna Messenger untuk tapis atau educate prospek sebelum dibawa ke Whatsapp.
Dalam artikel ini saya kongsikan cara guna Messenger Bot untuk tarik sales dan juga case study bagaimana kami buat 5 angka dengan menggunakan Messenger Bot.
4. Funnel & Retargeting Semakin Penting
Sekarang bila buat iklan, jangan dok harap akan berjaya terus close sale dengan prospek yang first time nampak iklan anda.
Biasanya prospek perlu nampak beberapa iklan dari kita beberapa kali, barulah mereka akan percaya dan mudah untuk membeli produk atau servis kita.
Konsep ini dinamakan funnel dan dijayakan dengan teknik Retargeting.
Ada tiga artikel tentang funnel dan retargeting yang anda boleh baca:
- Apa Itu Funnel & Kenapa Ianya Penting
- Cara Buat Iklan Ultra Targeted Tanpa Guna Interest
- Cara Buat Retargeting Menggunakan Video
5. Fokus Pada Data Penting Sahaja
Yang terakhir saya nak ingatkan adalah tentang kepentingan mengetahui apa data penting untuk menentukan iklan kita perform atau tidak.
Data tersebut bukanlah Cost per Engagement, Cost per Video Views atau CPM.
Nak tau apa data tersebut, boleh baca artikel ini.
Ok, rasanya itu jer artikel-artikel penting untuk persiapan memasuki tahun 2019.
Jangan risau, semua artikel tersebut anda boleh baca dengan percuma (siap sesetengah tu ada video step by step lagi).
Tapi kalau anda nak belajar secara praktikal, face to face dengan saya, anda boleh join workshop atau kelas praktikal saya.
Sekejap, Boleh Tolong Sikit?
Saya yakin artikel-artikle di atas sangat bermanfaat untuk anda dan juga usahawan-usahawan lain di luar sana.
Jadi saya mohon jasa baik anda untuk klik butang Share dan sebarkan artikel ini pada seramai mungkin orang.
Semoga lebih ramai orang dapat manfaat dan anda juga insyaAllah diberi rezeki dan pahala berganda-ganda!
One Comment
Terbaik tuan. Salute