SKMM Sekat URL dalam SMS Bermula 1 September 2024? Ini Backup Plan Yang Pemilik Bisnes Perlu Buat

Bermula 1 September 2024, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM aka MCMC) akan melaksanakan sekatan terhadap semua SMS yang mengandungi URL atau nombor telefon.

Jika sebelum ini masih lagi diberi kelonggaran, dengan membenarkan mereka yang membuat permohonan. Tetapi sekarang, tiada kompromi lagi.

Ada 3 content SMS yang akan disekat mengikut pengumuman SKMM yang bertarikh 1 June 2024 yang lepas iaitu:

  • Skrip SMS yang mempunyai link URL atau apa-apa clickable link, contoh shorten URL
  • Skrip SMS yang meminta maklumat peribadi contohnya nombor IC, nombor akaun
  • Skrip SMS yang mempunyai nombor telefon hotline atau mobile

Untuk anda yang aktif menggunakan SMS untuk tujuan hebahan promosi, mungkin anda akan rasa sangat terkesan dengan pengumuman ini.

Nak tak nak, kena terimalah dengan hati yang redha sebab langkah ini bertujuan untuk mengurangkan penipuan dan penyalahgunaan melalui SMS.

Jadi, apa yang pemilik bisnes perlu buat? Jom kami kongsikan 3 persediaan yang boleh diambil untuk anda sebelum 1 September nanti.

#1 Guna Alternatif Platform Komunikasi

Sekatan sepenuhnya URL dalam SMS telah membuatkan ramai pemilik bisnes terpaksa mencari alternatif lain untuk mesej hebahan.

Jangan risau, masih banyak cara lain untuk berhubung dengan pelanggan. Contohnya:

a) WhatsApp Marketing:

Betul, sekarang ni boleh kata dah ramai sudah beralih ke arah broadcast melalui WhatsApp.

Ada yang broadcast menggunakan WhatsApp Business Official API, ada juga yang guna unofficial API seperti melalui sistem Wabot.

Semuanya bergantung kepada hebahan apa yang nak dibuat & kepada siapa & berapa ramai jumlah penerima mesej hebahan anda.

Malah penggunaan WhatsApp broadcast ini bagi kami jauh lebih baik dari SMS atas faktor:

+ Penggunaan yang lebih kerap:

Daripada inbox SMS, WhatsApp lebih kerap dibuka kerana ia mungkin bercampur sekali dengan mesej peribadi user.

Malah statistik menunjukkan, kadar normal sesorang user membuka aplikasi ini dalam sehari adalah lebih daripada 20 kali. Maksudnya kemungkinan besar penerima terlepas pandang mesej anda jauh lebih rendah daripada SMS.

+ Lebih interaktif:

Kelebihan mesej di WhatsApp kita boleh hantar gambar, audio, video malah file PDF kepada penerima.

Bukan itu jer, anda juga boleh masukkan fungsi button jika broadcast WhatsApp menggunakan official API.

+ Limitasi skrip lebih panjang, mudah difahami:

Jika satu skrip SMS selama ini had maksima 160 karakter sahaja, untuk WhatsApp (Official API) mesej anda boleh panjang sehingga 1,024 karakter.

Anda bukan saja boleh masuk lebih banyak info promosi, tetapi anda boleh tambah emoticon, italic, bold pada text anda untuk membantu pembacaan penerima.

b) Email Marketing:

Walaupun WhatsApp marketing nampak lebih dekat & kerap digunakan, tapi jangan pandang rendah pada email marketing.

Biarpun ada orang kata “lapuk”, tetapi hakikatnya emel masih efektif & boleh jana jualan.

Malah, kami di Team Fames juga masih menggunakan emel untuk berhubung dengan database bagi update info terkini berkenaan servis & kelas-kelas terbaru.

Mungkin anda ada concern nak, berbaloi ke buat emel marketing ni?

Jangan risau, ini kami senaraikan kelebihan emel marketing untuk bisnes anda.

+ Kos Efektif

Email marketing adalah salah satu bentuk pemasaran yang paling kos efektif.

Dengan kos yang minimum, anda boleh hantar mesej kepada sejumlah besar pelanggan.

Dan kebiasaan caj yang dikenakan oleh platform emel marketing seperti MailChimp, SendinBlue, adalah lebih murah kerana pelan mereka kebiasaannya one off bayar sebulan & ikut kuota contact & mesej yang diperuntukkan. .

+ Targeted dan Personalised Marketing

Dengan email marketing, anda boleh menghantar mesej yang lebih personalised kepada segmen pelanggan tertentu berdasarkan sejarah pembelian mereka dengan kita sebelum ini.

Ini membolehkan anda menghantar kandungan yang relevan & lebih personalised, kepada setiap kumpulan pelanggan.

+ Mengukur Keberkesanan dengan Mudah

Dengan emel, anda boleh analisa data emel yang dihantar lebih tepat.

Anda boleh mengukur data-data seperti open rate, click-through rate (CTR), conversion rate (CR), dan banyak lagi.

Data ini membantu anda analisa keberkesanan emel yang dihantar supaya anda boleh tambah baik untuk hebahan yang akan datang.

#2 Manfaatkan WhatsApp Automation

Selain daripada mencari alternatif platform hebahan yang lain, kami sarankan anda untuk explore penggunaan WhatsApp automation untuk baiki komunikasi bisnes anda dengan pelanggan.

Di antara WhatsApp Automation yang anda boleh explore adalah Auto WhatsApp Notification.

Untuk anda yang menjual atau membawa iklan ke website, kami sarankan anda untuk hantar notifikasi automatik di WhatsApp prospek/pelanggan anda.

Sebagai contoh website ecommerce, selepas pembeli membayar di website kita boleh hantar notifikasi automatik secara berkala seperti mesej terima kasih, update nombor tracking, tanya barang sampai ke belum & banyak lagi mesej follow up boleh disusun.

Contoh lain kalau prospek yang isi borang (biasanya agent Takaful/ Property), anda boleh hantar auto notifikasi sejurus prospek isi borang.

Malah untuk follow up bagi info produk/servis, share testimoni untuk yakinkan prospek juga boleh disusun & dihantar secara automatik saja.

Dan untuk setup auto notification ini, anda boleh gunakan sistem Wabot saja.

Maksudnya dengan Wabot, anda boleh hantar broadcast mesej & juga hantar notification/follow up secara automatik di WhatsApp pelanggan.

Kesimpulan

Akhir kata, bermula 1 September 2024, sekatan oleh SKMM terhadap SMS yang mengandungi URL atau nombor telefon akan memberi kesan besar kepada pemilik perniagaan yang menggunakan SMS untuk tujuan promosi.

Namun, langkah-langkah praktikal seperti beralih ke platform komunikasi alternatif seperti WhatsApp dan email marketing, serta memanfaatkan WhatsApp automation, dapat dijadikan “backup plan” untuk kita perbaiki komunikasi dengan pelanggan.

Nak Cuba Wabot Sebagai Alternatif?

Klik jer butang di bawah dan dapatkan 14 hari FREE TRIAL beserta 1,500 mesej PERCUMA.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *