Takut Nombor WhatsApp Kena Banned Ramadan Nanti? Ini 3 Backup Plan Untuk Anda.

Bulan Ramadan ni boleh kata bulan yang paling sibuk, paling masyuk untuk bisnes niche fesyen & makanan.

Dah nama pun bulan paling sibuk, mestilah banyak cabaran.

Mana cabaran yang kita dah boleh expect akan berlaku, dari sekarang kita perlu sediakan backup plan.

Tengok apa yang terjadi tahun lepas, learn from the mistakes.

Contohnya dalam blog hari ni, kami tujukan khas untuk anda yang akan gunakan WhatsApp Broadcast pada bulan Ramadan nanti.

Maklumlah bila usage broadcast tinggi, isu nombor kena banned memang boleh terjadi.

Sebab itulah kami buat sharing ini untuk bantu anda siapkan backup plan jika nombor WhatsApp anda di-banned.

3 Backup Plan Kalau Nombor WhatsApp Dibanned

Plan 1: Jangan bergantung pada satu nombor

Jika sekarang anda gunakan 1-2 nombor saja yang communicate dengan pelanggan/prospek…

Kami cadangkan anda beli nombor baru & warm up nombor tersebut siap-siap.

Maksudnya bila anda beli nombor baru, gunakan nombor baru tersebut juga untuk menerima & reply pertanyaan dari customer di WhatsApp.

Berapa banyak nombor baru, ia bergantung kepada berapa banyak database yang anda ada.

Lagi banyak database anda peroleh, lagi banyak nombor backup kami galakkan anda beli.

Ingat beli nombor baru & warm up.

In case kita tengah buat WhatsApp broadcast kena banned, nombor kita yang lain dah ready untuk digunakan untuk broadcast.

Nombor baru tak boleh guna untuk broadcast. Takut tak sempat guna dah kena banned.

Lepas nombor baru dah pun kena broadcast secara berperingkat.

Maksud berperingkat adalah, mula broadcast 100 database dulu, kemudian 200, 300, 500 dan seterusnya.

Tapi, backup plan ini sesuai jika anda nak broadcast WhatsApp gunakan unofficial WhatsApp Business API.

Selain cara ni, anda boleh juga broadcast WhatsApp gunakan WhatsApp Business Official API.

Plan 2: WhatsApp Business Official API 

Jika anda rasa nak beli & warm up nombor baru satu proses yang renyah, anda boleh broadcast WhatsApp menggunakan WhatsApp Business Official API.

Broadcast guna WhatsApp Business Official API, tak perlu warm up, guna nombor baru pun boleh.

Yang penting anda dah:

  • Daftar sistem WhatsApp Business Solution Provider seperti Wabot Pro
  • Ada Meta Business Manager
  • Ada nombor baru yang belum pernah berdaftar dengan WhatsApp.

Cukup 3 checklist ni anda boleh broadcast guna WhatsApp Official API.

Apa beza broadcast WhatsApp guna Official API vs Unofficial?

Di antara perbezaan bila anda broadcast gunakan official & unofficial API adalah:

a) Percuma vs Berbayar

Bila guna unofficial, kita hantarlah mesej banyak mana pun….

Tak perlu bayar kos untuk setiap mesej. 

Kos yang kita perlu keluarkan hanya dekat sistem WhatsApp automation macam Wabot jer.

Tapi kalau guna Official WhatsApp Business API, setiap mesej yang dihantar, ada kos yang akan dicaj.

Bukan itu jer. 

Caj yang dikenakan pun berbeza ikut jenis mesej yang dihantar & semuanya akan dibayar terus kepada Meta (kerana WhatsApp dimiliki oleh Meta).

b) Kelajuan

Berbaloi dengan bayaran yang dikenakan, broadcast menggunakan WhatsApp Official API, sangatlah laju. 

1 saat boleh hantar 20 mesej. Memang laju & sesuai kalau anda yang nak buat launching bulan Ramadan nanti.

Kalau unofficial pula kita perlu letak sela masa bagi setiap mesej yang dihantar supaya tidak kelihatan seperti spam.

 Jadi, kalau anda nak broadcast lebih laju, stabil, boleh gunakan WhatsApp Business Official API untuk broadcast.

Plan 3: Tukar Medium Broadcast

Backup plan ketiga ni adalah backup plan terakhir. Kalau anda tak sempat nak ready backup plan 1 & 2, anda boleh tukar medium broadcast.

Bila nombor kita kena banned, nombor-nombor pelanggan masih boleh diakses. Jadi, daripada kita mengalah & redha tak buat apa-apa…

Tukarlah ke medium broadcast lain contohnya SMS atau emel.

Kalau ada data emel pelanggan, boleh blast emel.

Kalau tak proceed SMS saja.

At least kita cuba untuk reach balik database kita.

Memandangkan kita pun memang dah memasuki mood raya, kami doakan apa yang ada sasarkan sales Ramadan kali ni berjalan dengan lancar.

Kami harap apa yang kami kongsikan ini dapat kurangkan ketakutan anda nak broadcast di WhatsApp.

Semoga bermanfaat.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. πŸ‘‡πŸ»

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hai kawan! Ada terfikir nak broadcast & follow up Whatsapp guna sistem? tapi tak tahu nak cuba yang mana satu? Jom la guna Wabot. “its super easy” – Kata Tn Faris RasulΒ  🌟🌟🌟🌟🌟