Blog Firdaus Azizi

3 Cara Susun Pelan Marketing Supaya Lebih Jelas Nak “Hit” Target Sales!

Dalam berbisnes, kita  bukan semata-mata nak promote produk, kemudian orang akan terus beli produk kita.

Tidak semudah tu satu proses jualan akan berlaku.

Nak dapatkan sales, kita perlu buat marketing.

Nak buat marketing, anda perlu merancang supaya tiada kos-kos terlebur yang tak diingini berlaku.

Di antara masalah yang berlaku apabila anda buat promo tanpa ada marketing plan yang betul:

  • Promo baru berjalan, stok dah habis, demand tinggi.
  • Dah letak offer macam-macam, tapi nak close customer sorang pun susah
  • Kos iklan mahal dan banyak lagi akibatnya

So apa kata, kita ubah mindset dan cara kita buat marketing bermula dengan marketing plan.

Apakah perkara penting yang perlu kita sediakan dalam planning?

Ada 3 perkara wajib yang perlu ada dalam marketing plan anda.

Ok jom saya explain satu-satu.

Setiap bisnes mungkin mempunyai marketing plan yang berbeza mengikut niche masing-masing.

Namun, apa yang saya bakal kongsikan ini adalah 3 perkara asas yang wajib anda masukkan dalam marketing plan.

#1 Marketing Goal

Bukan sales je kena ada sasaran yer.

Marketing pun kena ada target kita nak capai.

Ramai yang bila buat marketing hanya ambil kisah “berapa sales dapat dan berapa kos yang dikeluarkan.”

Habis tu yang lain-lain tak nak ambik tahu ke?

Apa kata lepas ni tambah dan tukar KPI iklan kita.

Contohnya kita boleh check:

  • Berapa jumlah subscribers/fan?
  • Berapa banyak leads baru masuk?
  • Berapa ramai orang visit website?
  • Berapa ramai customer baru yang kita dapat?
  • Berapa reach iklan kita capai?

Itu di antara KPI yang boleh dikira dan dijadikan “penanda aras” kejayaan iklan anda selain daripada sales. Setiap KPI ini penting untuk anda jadikan rujukan apabila nak run iklan nanti.

Saya bagi satu contoh untuk anda yang nak buat launching product baru.

Untuk launching produk baru, kita pasti akan mulakan dengan seeding betul?

Macam Mana Nak tahu proses seeding kita berkesan atau tak?

#Satu – kita boleh buat post teaser seperti validation siapa yang perlukan produk kita.

Contoh KPI yang boleh dilihat:

+ Berapa banyak orang yang engage di komen, like dan share post teaser kita

#Kedua – kita boleh create waiting list melalui lead generation. Kita bantu prospek yang berminat dengan produk kita dengan ambil no telefon/email mereka, dan kita akan remind mereka semasa produk baru kita di lancarkan.

Contoh KPI yang boleh dilihat:

+ Cost Per Leads, Total Leads, & Conversion

KPI untuk marketing ni sebenarnya bergantung kepada objektif iklan yang kita jalankan.

Bukan semua iklan menjurus untuk meningkatkan sales.

Ada juga iklan yang kita jalankan khas untuk branding awareness, untuk tambah orang kenal bisnes kita.

Okay, settle jelas untuk KPI marketing.

Next, saya explain bagaimana kita nak set berapa banyak kempen yang kita perlu run, based on target yang kita letak.

2# Kempen VS Sasaran

Anda dah ada sasaran, tapi anda nampak tak jalan bagaimana nak capai sasaran tersebut?

Sebagai contoh anda nak buat produk launching.

Ini antara perkara penting anda perlu jelas:

  • Bila nak start seeding/teaser?
  • Bila nak launching?
  • Berapa target sales, berapa customer perlu dicari?
  • Berapa banyak gambar/video perlu ada?
  • Berapa banyak copywriting/kempen iklan perlu dibuat?
  • Bila tarikh sesuai nak buat launching?
  • Bila tarikh customer banyak membeli?
  • Nak buat iklan dekat mana?
  • Macam mana nak validate demand produk?
  • Siapa target customer, apa personaliti/masalah mereka?
  • Berapa kos iklan nak keluar?

“Banyaknya..semua ni wajib ke tahu kalau nak buat marketing? ” Yes, of course.

Anda mungkin nampak banyak, complicated. Tapi, untuk capai hasil ikut sasaran yang anda nak, anda perlu lebih details dalam plan kempen.

Buka kalendar seawal yang boleh ya tuan puan. Saya galakkan untuk buat satu promo yang besar, plan seawal mungkin supaya kita ada proses seeding yang cukup untuk buat prospek “tak sabar” nak beli produk kita.

Takkan seminggu lagi nak start launching baru nak start jalan kerja. Habis carca marba-lah kempen anda nanti.

Paling tidak, untuk kempen promo yang besar, buatlah rancangan dan persiapan 3 bulan awal sebelum tarikh yang dirancang.

#3 Apa tawaran yang nak dibuat untuk setiap kempen

Selain merancang di bahagian teknikal dan bahan marketing untuk iklan, offer adalah “penggerak hati” utama untuk membuatkan customer beli produk anda.

Ini 3 perkara penting anda perlu tengok semasa nak letak offer:

a) Urgency :

Gesa pelanggan membeli pada tempoh masa singkat dengan irrestable offer.

Contoh: Buy 1 Free 1 + FREE POSTAGE: Sah hanya untuk anda yang membuat pembelian sehingga 11.59pm ini sahaja!!

b) Limited

Normal sebagai seorang manusia kita tak nak kerugian terlepas sesuatu benda yang menarik. Percayalah, ada je fans/followers anda yang menunggu promo untuk beli produk anda.

Limited ini boleh jadi terhad pada kuantiti produk yang dijual, atau freegift yang diberikan.

Contoh: 50 customer pertama dengan nilai pembelian RM 200 akan menerima Blender Panasonic Power Chopper yang bernilai RM 97.

c) Unique:

Kelainan itu penting untuk customer pilih anda dari pesaing yang lain.

Jika anda jual tudung, offer free brooch, inner tudung itu normal betul?

Bagaimana jika anda tukar offer anda kepada barang-barang yang mungkin tak berkaitan dengan produk yang anda jual, tetapi melengkapi kehidupan customer anda.

Contoh: Anda jual tudung, dan buat offer cabutan bertuah kepada 5 daripada 100 pembeli pertama berpeluang memenangi kuali non stick Tefal yang bernilai RM 67.

Bila kita ada banyak offer yang menarik, sekaligus kita boleh test.

Adakah customer membeli semasa promo sebab harga murah atau freegift yang menarik.

Dan hasil kajian dari promo lepas, anda boleh gunakan dan susun strategi lain bagi promo akan datang.

Jangan takut untuk laburkan duit anda dulu untuk beri freegift best-best pada customer.

InsyaAllah jika anda mampu kuasai skill “seni susun offer” ni, sudah pasti total sales sebulan pun anda boleh cover dalam 30 minit saja.

Untuk memudahkan anda menyusun gerak kerja planning anda, saya mencadangkan anda menggunakan Google Calendar.

Di dalam Google Calendar ini dah cukup lengkap untuk anda susun jadual dan checklist kerja anda, dan set noticatiom untuk alert, senang kan?

Tapi jika anda suka cara manual pun tidak menjadi masalah. Yang penting jelas dengan sasaran, dan komited dalam mencapai sasaran tersebut.

Nak lebih, usaha lebih.

Okay sekadar itu perkongsian saya, semoga ianya membantu anda menyusun gerak kerja marketing bisnes anda lebih sistematik.

Nak Kami Bantu Susunkan Strategi Marketing Plan Bisnes Anda?


Panduan Terbaru Video Retargeting Mastery: Lengkap dengan 24x Video, LIVE, E- Workbook, dll

*** Rebut Promo Launching Sepanjang Bulan Disember 2021

Adakah anda sedang alami masalah di bawah:

# ROAS iklan masih rendah
# kos per jualan mahal
# iklan tak stabil bila naikkan bajet.

Kemungkinan besar anda belum buat iklan retargeting yang berbaloi & menguntungkan.

Sebelum ini kita ada buat bootcamp LIVE, cuma kita perasan tak ramai yang boleh konsisten duduk 2-3 jam bertalaqi. Jadi, kali ini kita rakam siap-siap.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Cara Analisa Data Jualan Dengan Cepat Guna Google Sheet & Google Data Studio

Pejam celik pejam celik, nampaknya kita dah menghampiri penghujung 2022, cepat betul masa berlalu. Fuhh..banyak betul dugaan marketer/bisnes owner tahun ni. Mana yang run iklan mesti lagi terasa dengan cabaran performance iklan yang tak menentu. Cuba check balik sepanjang tahun 2022 ni… Ada tak kempen yang berjaya? Kempen yang tak berjaya? Kempen mana yang berbaloi

Read More »