Tutorial Broadcast Ucapan Raya Kepada Customer di WhatsApp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon Manual

Biasanya kalau kita buat broadcast, mesti target nak dapatkan sales, betul?

Tak salah nak broadcast sebab nak dapatkan jualan, tapi..

Jangan sampai kita lupa nak hargai customer yang setia bersama kita selama ni.

“Nak hargai customer, maksudnya?”

Untuk hargai customer, kita kena tunjukkan kepada mereka betapa besarnya nilai mereka kepada bisnes kita.

Contoh anda boleh hargai customer sedia ada dengan hantar…

Ucapan hari jadi.

Ucapan perayaan.

Ajak ke VIP event/ sales dan banyak lagi..

Jadi, buat anda yang tak pernah tunjukkan penghargaan kepada customer…

Alang-alang dah nak dekat raya ni, bolehlah sediakan ucapan hari raya untuk broadcast kepada mereka.

Ya, mungkin perkara ni nampak kecil.

Tapi percayalah.

Penghargaan yang kecil tapi berterusan inilah yang akan membuatkan customer lebih sayang & selalu ingat kita.

Sebab itulah pada hari ini, kami nak ajar anda macam mana nak hantar broadcast ucapan raya di WhatsApp dengan menggunakan sistem Wabot.

Insya-Allah, kami akan berikan langkah-langkah broadcast yang selamat, lengkap dengan contoh skrip yang anda boleh guna terus okay?

Tanpa lengahkan masa, jom pergi ke langkah yang pertama.

1) Pilih nombor untuk broadcast

Perkara pertama yang anda perlu buat terlebih dahulu ialah pilih nombor untuk broadcast di WhatsApp.

Nombor yang anda pilih itu hendaklah:

  • Nombor yang sudah lama mendaftar dengan WhatsApp
  • Nombor yang sudah banyak berinteraksi dengan mesej-mesej di WhatsApp

Ciri-ciri di atas penting untuk memastikan nombor itu betul-betul matang untuk digunakan sebagai nombor penghantar broadcast kita.

Kalau nombor dah matang, insya-Allah risiko untuk kena ban dapat dikurangkan.

2) Daftar sistem WhatsApp automation

Bila dah setel pilih nombor, kena daftar nombor tersebut dengan sistem WhatsApp automation.

Mungkin ada yang akan persoalkan.

“Kenapa tak broadcast guna WhatsApp biasa je, atau WhatsApp Business?”

Betul, boleh je kalau tak nak guna sistem automation ni.

Tapi kalau anda guna WhatsApp biasa, anda kena save dulu nombor database satu-satu.

Kalau tak, tak boleh guna fungsi “Broadcast List” di WhatsApp.

Jadi kalau nak mudahkan urusan dan jimat masa, anda guna jer sistem WhatsApp automation macam Wabot.

Paling best tak payah pandai coding, semuanya plug & play.

Follow jer tutorial kami kongsikan ini.

Untuk mendaftar akaun Wabot, boleh klik di sini.

Jangan risau, pendaftaran percuma jer untuk 14 hari.

Jadi boleh test dulu, nak tahu sesuai ke tak Wabot dengan bisnes anda.

Lepas anda dah siap daftar, boleh connect siap-siap nombor anda dengan Wabot.

Caranya mudah sahaja.

Selepas anda login dalam akaun Wabot, anda akan nampak tetapan seperti ini.

Nampak simbol WhatsApp seperti gambar di bawah? Tekan di situ.

Untuk tambah nombor WhatsApp, anda perlu tekan butang “Add Account” untuk connect nombor anda dengan Wabot.

Setelah itu, anda hanya perlu scan QR Code di dalam akaun Wabot anda.

Sama macam anda scan QR Code untuk guna WhatsApp Web.

Kalau dah berjaya connect, akaun Wabot anda kini sedia untuk digunakan.

3) Tetapkan sasaran penerima broadcast

Bila anda dah daftar Wabot atau mana-mana sistem automation yang lain…

Anda perlu tahu, anda nak hantar ucapan raya ni dekat siapa?

Adakah anda nak broadcast dekat semua database?

Adakah anda nak broadcast pada database yang paling tinggi LTV (lifetime value) sahaja?

Atau adakah nak broadcast pada pembeli yang terbaru sahaja?

Yang itu anda kena tetapkan dahulu sebelum kita teruskan untuk setup broadcast.

Saranan kami, broadcast ucapan hari raya sebaiknya hantar kepada semua database.

Namun sekiranya anda ada kekangan dari segi jumlah penerima yang boleh dihantar (bergantung kepada pakej sistem yang anda ambil), anda boleh pilih kumpulan yang tertentu saja.

Contohnya, masa bulan Ramadan ni, anda ada buat sales Ramadan…

Anda boleh buat broadcast khas kepada pembeli sales Ramadan saja.

Untuk kita ucapkan terima kasih dan ucapan hari raya buat mereka.

Jadi, kalau anda dah tahu nak broadcast kepada group database yang mana satu…

Boleh buat list database dalam Google Sheet/Microsoft Excel siap-siap.

Senang. Nanti tinggal upload je dalam contact list.

4) Hasilkan contact group

Kalau dah daftar Wabot dan pilih database mana nak di-broadcast…

Dah boleh mula langkah-langkah untuk setup teknikal.

Okay, mula-mula sekali kena log in dalam akaun Wabot.

Bila dah berjaya masuk, pergi ke tetapan “Contacts”.

Dekat situ, anda boleh tekan simbol “+” dan masukkan nama bagi group broadcast anda.

Contohnya, anda ingin broadcast kepada database ketika sales Ramadan, jadi boleh namakan sebagai “Database Sales Ramadan 2023”.

Bila dah buat nama group, boleh upload nombor telefon dari file Excel.

Buat yang tak simpan nombor database dalam document, boleh copy dan paste satu-satu nombor customer.

Jenuhlah sikit.

Tapi still dapat kurangkan masa dari nak forward mesej satu-satu secara manual.

Bagi satu contact group, limitnya ialah 1000 orang/nombor sahaja.

Kalau database anda melebihi 1000 orang, boleh tambah contact group yang lain.

Satu lagi…

Apa yang bestnya dekat Wabot ni, nombor yang tak aktif akan diasingkan terus.

Jadi senang untuk kita nampak berapa banyak sebenarnya nombor telefon database kita yang aktif.

Takdelah membazir kuota mesej pergi hantar dekat nombor yang tidak aktif, betul tak?

5) Hasilkan campaign

Bila dah siap buat contact group boleh la mula create campaign.

Boleh klik “Broadcast” dan simbol “+” untuk hasilkan campaign baru.

Dalam campaign inilah kita kena sediakan skrip untuk broadcast.

Untuk skrip broadcast ini, sebolehnya:

a) Gunakan bahasa yang santai

Bila hantar WhatsApp ni tujuannya adalah untuk berinteraksi dengan customer.

Jadi kalau pakai bahasa ‘borak', customer akan mudah tertarik untuk reply dan berbual dengan kita.

b) Skrip mesej tidak terlalu panjang

Kalau kita dapat mesej panjang-panjang pun, kebanyakan dari kita akan skip dan tak baca sampai habis betul tak?

So, pastikan skrip mesej anda ringkas dan pendek.

c) Variasikan mesej menggunakan fungsi spintax

Untuk mengelakkan dari dikesan sebagai robot oleh sistem WhatsApp, jadi boleh pelbagaikan pengenalan mesej dengan fungi spintax.

Boleh guna tetapan seperti {Hi|Hello|Salam} atau mengikut kreativiti masing-masing.

Contoh skrip yang anda boleh gunakan:

{Salam|Aslm|Assalamualaikum}, —- (fungsi spintax)

[wa_name], —- (trigger Wabot untuk nama database)

Kami dari tim [masukkan nama bisnes] ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat [wa_name].

Terima kasih banyak juga atas sokongan yang tak berbelah bahagi terhadap perniagaan kami 馃挆.

Semoga raya tahun ni membawa kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup [wa_name] dan keluarga.

Selamat beraya dan selamat bercuti, [wa_name].

Yang ikhlas, [Nama Perniagaan] —- (masukkan nama bisnes anda)

Selain daripada skrip bertulis, anda juga boleh upload gambar ucapan hari raya dengan saiz tak lebih 2MB untuk broadcast buat database anda.

6) Jadualkan broadcast anda

Jadi apabila contact group dah setel, skrip pun dah siap…

So, bolehlah jadualkan nak broadcast bila.

Tapi jangan blast pukul 2-3 pagi pulak.

Ianya akan mengganggu privasi customer.

Sebaiknya carilah waktu yang biasanya customer kita akan buka WhatsApp.

Tapi dengan fungsi Wabot, kita dah tak perlu pening setting sendiri.

Sebab dah ada fungsi untuk jadualkan blast sama ada waktu pagi atau malam.

Jadi tak perlu dah fikir estimate nak kena blast pukul berapa.

Dalam kes ni, memandangkan kita nak ucap selamat hari raya, kita boleh jadualkan pada hari raya.

Namun saranan kami, anda boleh jadualkan pada malam atau sepanjang hari raya pertama.

7) Semak laporan broadcast anda

Okay kita dah sampai kepada langkah terakhir dalam cara-cara untuk broadcast kepada database.

Apabila dah naik cuti raya nanti, anda bolehlah generate broadcast report yang dah dibuat.

Jadi, kita boleh semak sebenarnya berapa ramai yang berjaya terima dan gagal terima.

Melalui laporan ni juga, kita boleh tahu sejauh mana keberkesanan broadcast kita.

Dari situ, kita boleh ambil langkah untuk tambah baik kualiti broadcast seterusnya.


Jadi setakat ini sahajalah perkongsian kami.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca sehingga selesai.

Semoga anda dapat mengeratkan lagi hubungan dengan customer sedia ada melalui broadcast pada hari raya ini!

Akhir kata dari kami, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *