Selain SMS & emel, WhatsApp broadcast adalah salah satu medium broadcast yang kami aktif gunakan sehingga sekarang.
Biasanya bila cakap pasal WhatsApp broadcast ni, soalan popular yang akan ditanya adalah…
“Selamat ke? Tak takut nombor kena banned?”
Tipulah kalau kami kata tak pernah kena banned.
Tapi, bila dah test & error, kami jumpa beberapa tips, macam mana nak elakkan isu ban ini terjadi.
Untuk anda yang masih tak sempat baca blog yang lepas…
Kami ada kongsikan 4 punca utama kenapa akaun WhatsApp anda boleh kena ban apabila menjalankan broadcast.
So, nanti ada masa boleh baca.
Dan sambungan dari perkongsian lepas, kami akan bagi 8 tips bagaimana nak elak nombor WhatsApp anda di-banned.
Dah sedia? Let's go…
Baca sampai habis & jangan lupa share dekat kenalan anda jika tips ini bermanfaat, ok?
1) Matangkan nombor/Warm-up nombor baru
Perkara pertama sekali yang wajib dilakukan oleh setiap nombor baru atau lama adalah, mendaftar dengan WhatsApp.
Ini disebabkan status baru atau lama satu nombor itu di WhatsApp adalah bergantung kepada “bila” kita mendaftar nombor kita di aplikasi ini.
Kenapa kena terus daftar di WhatsApp?
Supaya kita boleh gunakan feature broadcast pada sistem WhatsApp Automation yang kita mahu gunakan.
Untuk warm up nombor baru, kita perlu mendapatkan perbualan dua hala bersama 50-100 orang prospek/customer untuk mesej guna nombor baru tersebut.
Dan cara paling mudah adalah, setup autoresponder/chatbot dekat nombor baru tu.
Secara tak langsung chatbot ni boleh bantu anda untuk kurangkan risiko kadar prospek/customer sejuk.
Senang, kalau ada yang mesej 2 atau 3 pagi pon, chatbot boleh tolong reply bagi pihak anda.
Mungkin akan ada yang bertanya…
“Macam mana nak dapatkan orang luar supaya mesej terlebih dahulu?”
Ada banyak cara, antaranya ialah:
- Tambah CTA pada iklan sedia ada
Jika anda biasa tarik leads masuk website, anda boleh tambah satu lagi CTA untuk di bawa ke WhatsApp.
Boleh setup auto-responder & chatbot siap-siap sekali, lagi mudah kerja.
- Tukar sementara nombor WhatsApp support kepada nombor baru
Jika ada nombor WhatsApp sedia ada yang diletakkan pada bio media sosial, boleh tukarkan kepada nombor baru dulu.
Sementara kita warm-up nombor tersebut.
- Tambah butang WhatsApp pada website
Buat website yang masih belum ada butang untuk bawa leads/prospek ke WhatsApp, boleh tambahkan butang WhatsApp.
Lepastu, letakkan nombor yang baru sebagai support.
2) Pecahkan database kepada kumpulan kecil
Okay apabila anda dah warm-up nombor tersebut, anda dah boleh mula untuk broadcast.
Untu memulakan broadcast, anda disarankan untuk pecahkan database anda kepada kumpulan yang lebih kecil (grouping).
Pastikan anda bermula dengan jumlah yang kecil dahulu.
Dalam 50-100 orang.
Sekiranya broadcast tadi berjalan lancar, mula naikkan jumlah penerima sedikit demi sedikit.
Dari 500 sehingga 1000 orang.
Namun, jangan lupa untuk tetapkan target berapa jumlah database yang anda ingin broadcast pada satu-satu masa.
Jangan broadcast semua database sekaligus.
Contohnya database anda ada 1,000 orang.
Bahagikan kepada 3-4 kumpulan.
Jadualkan broadcast 2 kumpulan pada waktu pagi, 2 kumpulan pada waktu petang.
Pentingnya untuk bahagikan database kepada kumpulan yang lebih kecil adalah untuk:
a) Mengelakkan dikesan sebagai robot
b) Memudahkan anda personalise setiap mesej
3) Personalise setiap mesej broadcast
Okay, tips ni adalah sambungan daripada tips yang kedua.
Jadi bagaimana anda nak personalise mesej broadcast?
- Menyebut nama prospek di dalam mesej
Jika anda guna sistem automation seperti Wabot, anda boleh guna trigger [wa_name] untuk menyebut nama prospek.
Jadi setiap mesej yang diterima akan automatik keluar nama penerima tersebut.
Tapi yang paling penting, pastikan database kita memang ada nombor telefon & nama mereka.
Kalau ada nombor telefon je tapi tak ada nama pemilik nombor, tak boleh guna personalized nama ni.
Tapi kami faham kalau yang ada buat closing di WhatsApp tu…
Belum tahu nama lagi prospek yang dah hilang “sepi”.
Kalau database anda bercampur ada yang mempunyai rekod nama & ada yang tidak, anda boleh asingkan siap-siap.
Jangan include database yang tiada nama sekali untuk broadcast.
- Menggunakan skrip yang berbeza
Poin ini tidaklah wajib.
Namun, sekiranya skrip berbeza, ianya akan menunjukkan ada human touch di situ.
Skrip boleh dibezakan mengikut jenis kumpulan database dan waktu mesej dihantar.
Contohnya, kalau nak buat broadcast untuk customer dengan prospek yang masih belum beli.
Takkan nak guna skrip yang sama, betul tak?
Jadi kalau nak hasilkan broadcast yang efektif…
Haruslah hasilkan konten skrip yang berbeza mengikut siapa kategori kumpulan database yang kita nak broadcast tu.
4) Variasikan mesej broadcast dengan menggunakan fungsi syntax/spintax
Selain daripada personalise mesej, anda juga boleh menggunakan fungsi syntax/spintax dalam Wabot.
Fungsi sytanx/spintax ini adalah untuk mempelbagaikan mesej yang database kita akan dapat.
Kebiasaannya, fungsi ini akan digunakan pada intro mesej.
Contohnya pengenalan mesej boleh diganti-gantikan dengan ucapan Hi, Hello atau Salam.
Tetapan trigger di dalam Wabot: {Hi|Hello|Salam}
Dengan hanya menggunakan fungsi syntax/spintax ini, kita seolah-olah menghasilkan skrip yang berbeza-beza untuk database kita.
Katalah database broadcast ada 300 orang.
100 orang akan dapat Hi.
100 orang akan dapat Hello.
100 orang lagi akan dapat Salam.
Bila mesej yang diterima tak sama, barulah tak nampak macam robot sangat.
Jadi, meskipun kita hanya pelbagaikan pada bahagian intro saja, risiko ban sudah dapat diminimakan.
Setuju tak?
5) Guna skrip soft-selling dan minta respon
Mesej yang dihantar menggunakan broadcast hendaklah menggunakan ayat yang tidak hard-sell.
Maksudnya, anda tidak boleh terlalu tekankan kepada jualan.
Fokus anda ialah interaksi.
Semakin banyak interaksi dari penerima mesej, semakin kurang peratusan untuk akaun kita dikesan sebagai robot.
Selain itu, prospek juga tidak mudah untuk rasa terganggu sehingga ingin report mesej yang kita hantar.
Di akhir mesej juga, galakkan penerima untuk respon kepada mesej yang dihantar.
Gunakan skrip yang menjurus kepada “Sila Reply” supaya terhasil interaksi di situ.
Jika nak mudah, setup je autroreply!
6) Tetapkan delay time bagi setiap mesej
Okay selesai soal skrip, kita pergi kepada teknikal setup broadcast.
Bagi setiap broadcast yang dihantar, anda disarankan untuk meletakkan delay time/sela waktu untuk setiap penerima.
Tetapkan sekurang-kurangnya 45 saat bagi setiap penerima.
Ini bagi mengelakkan mesej yang sampai terlalu laju dan menyerupai robot.
Contohnya kalau anda menggunakan Wabot, anda boleh set delay antara 15-120 saat (bergantung kepada pakej yang anda ambil) bagi setiap mesej).
Kalau boleh, setiap broadcast yang kita jalankan, kita nak bagi bayangan yang semuanya dilakukan seolah-olah secara manual.
Supaya WhatsApp tidak kesan seperti akaun kita sedang buat spamming.
Akaun kita pun lebih selamat dari risiko diban.
7) Jangan bergantung kepada 1 nombor sahaja
Risiko untuk di-banned ini tidak terhad kepada pengguna unofficial/third party WhatsApp API sahaja.
Sekiranya anda menggunakan official WhatsApp API pun…
Akan ada risiko nombor anda untuk di-banned.
Cuma peratusan untuk di-banned itu lebih rendah.
Jadi adalah lebih baik sekiranya anda menyediakan beberapa nombor yang berbeza, khas untuk broadcast.
Sekiranya nombor anda di-banned, anda ada nombor lain sebagai back-up.
Kalau takde back-up susah, nanti beli nombor baru nak kena warm-up pulak kan?
Jadi dah kacau masa yang kita dah rancang nak buat broadcast.
So, apa cara sekalipun sentiasa ada “plan b” untuk backup plan jika apa-apa terjadi.
8) Bagi cara opt-out
Poin yang terakhir ini kalau boleh wajib anda masukkan.
Ini kerana kita nak beri kebebasan memilih kepada database kita.
Kita hanya broadcast untuk mereka yang “nak” saja.
Yang tak suka kita broadcast, rasa terganggu…
Kita bagi dia option untuk keluarkan nama mereka dari broadcast akan datang.
Ini adalah langkah berjaga-jaga supaya peratusan untuk orang report akaun WhatsApp kita berkurangan.
Jadi setakat ini sahaja perkongsian kami pada hari ini.
Tips yang kami kongsikan di atas tidak menjanjikan yang 100% anda tidak akan kena ban.
Paling tidak, anda boleh jadikan perkongsian ini satu panduan dan langkah berjaga-jaga untuk kurangkan risiko untuk akaun anda di-banned.
Buat yang belum tahu punca akaun WhatsApp anda boleh di-banned akibat broadcast, anda boleh baca dengan klik di sini.
Semoga perkongsian ini dapat membantu untuk melancarkan lagi proses untuk menghantar broadcast kepada database anda.
Selamat mencuba!