5 Tips Untuk Dapatkan Prospek Berkualiti Guna FB Ads

Cara Dapatkan Prospek Berkualiti Dan Targeted Dari FB Ads

Biasa tak kita dengar ada IM yang bagitau “Nak tapis pelanggan dalam iklan headline & copywriting” ?

Ada juga yang cakap…

Eh tak perlu…

Master “Customer Avatar” dan run split test je dah cukup.

Fuh! Macam- macam mazhab ada,

Pening juga kita dibuatnya.

Sebenarnya…

Tiada betul atau salah.

Yang penting iklan yang kita buat efektif.

2 cara diatas memang kami apply dalam setiap ads client Fames dan Alhamdulillah menjadi.

Tapi insyaAllah dalam posting kali ini saya nak share cara yang lebih bagus dan “Proven” untuk dapatkan sasaran yang lebih tepat.

Nak tau macam mana? Baca artikel ni sampai habis.

Kenapa Kene Dapatkan Targeted Prospek?

Sebelum tu, buat anda yang belum tahu atau masih samar-samar, saya nak share sikit kenapa anda perlu dapatkan prospek yang targeted.

1# Dapat Prospek yang Betul-betul Berminat

Bila kita beriklan sudah tentu kita tak nak bazirkan iklan kita pada orang yang tak berminat dengan produk kita.

Apa yang bestnya dengan Facebook Ads, kita boleh filter iklan kita untuk target pada orang yang ada potensi untuk beli produk kita.

2# Jimat Kos Ads

Iklan yang disasarkan secara rambang memerlukan kos yang tinggi.

Tak percaya, cubalah sendiri dan tengok apa jadi.

Tapi, kalau kita pilih untuk target pada golongan yang spesifik je, kos iklan akan jadi lebih rendah disebabkan saiz audience yang lebih kecil dan targeted.

3# Tak banyak songeh

Disebabkan kita target pada orang yang tepat, closing menjadi lebih mudah dan closing rate akan jadi lebih tinggi (biasanya dapat naikkan sehingga 50%-70%).

Jadi cuba bayangkan berapa banyak masa, tenaga & juga wang ringgit yang dapat kita jimatkan jika gunakan cara tapis audience dengan cara kami ini.

Kami akan tunjukkan satu persatu dibawah ini.

Bagaimana Cara Nak Dapatkan Prospek Berkualiti?

1# Masuk ke Ads Manager di desktop

Kami sarankan untuk gunakan desktop site berbanding Ads Manager di Apps Android @ Iphone sebab ads manager di apps tiada fungsi yang ingin kami kongsikan ini. 🙂

2# Pergi ke bahagian ads set

Selepas pilih kempen terus ke bahagian ads set.

3# Lihat di detail targeting:

Disinilah tempat untuk set targeting iklan.

Biasanya jika tahu apa yang hendak dicari, terus taip di ruangan kosong.

Contohnya jika kita jual produk kecantikan, boleh taip beauty. Selepas itu boleh klik “Suggestion” untuk lihat keyword yang berkaitan dengan beauty.

Facebook akan tunjukkan keyword yang berkaitan dengan Beauty.

Macam mana kalau kita takde idea jugak?

Ha, jangan risau…

Klik je “browse” dan ia akan keluar 3 kategori utama iaitu Demografi, Interest, dan juga Behaviour.

Ini serba sedikit penerangan ringkas apa itu Demografi, Interest & behaviour menurut Facebook

Demografi:

Pada bahagian ini, kita boleh pilih sama ada tahap pendidikan, status , dan juga pekerjaan target kita.

Ada juga pilihan lain tapi kebanyakanya hanya available di US sahaja.

Interest:

Ini pula minat yang kita nak target.

Sebagai contoh, kalau anda nak jual ubat kurus, mungkin anda boleh target pada mereka yang ada interest terhadap “Makanan” atau apa-apa restoren tertentu. Untuk lebih jelas baca 9 Idea Interest Target Di Facebook Ads.

Behaviour

Bahagian ini special sikit.

Kita boleh pilih tingkah laku prospek kita di Facebook berdasarkan data yang Facebok kumpulkan.

Contohnya kita boleh target jenis phone yang prospek kita, aktiviti kita sama ada pernah membeli di e-commerce website dari Facebook dan bnayak lagi.

Sebagai contoh, kalau anda ingin jual produk yang mahal dan ingin target kepada pengguna iphone sahaja, anda boleh pilih behaviour > mobile device user > iPhone.

   4# Include, Narrow Audience dan Exclude.

Jika kita perasan terdapat 3 pilihan targeting untuk tajamkan lagi target kita iaitu Include, Narrow dan Exclude.

Ia lebih kurang macam subset “dan”, “atau”, “kecuali” semasa belajar matematik dahulu.

Include

Ia seperti subset “Atau”. Facebook akan mencari audience yang kene salah satu kriteria interest yang kita letak.

Sebagai contoh, Kita hendak mencari agen produk.

Interest yang kita letakkan ialah siapa yang follow >> Dr Azizan, Sifu FbAds dan  Tony Robbins.

Facebook akan faham yang kita ingin sasarkan iklan kepada siapa yang follow Azizan Osman atau SifuFBads atau Tony Robbins. Maka sasaran audience akan jadi besar.
Narrow Audience

Ia lebih kurang seperti subset “DAN” . Maksudnya apa interest yang kita letakkan di dalam tu mestilah ada.

Sebagai contoh, kita jual produk menambahkan tenaga dalaman lelaki, kita buat interest islam dan bahagian narrow audience married.

Maksudnya kita target kepada orang islam dan mereka yang sudah berkahwin sahaja. Orang islam yang tak kahwin, mereka takkan nampak iklan kita.

Exclude

Isikan bahagian ni kalau anda tak nak kelomppok-kelompok tertentu nampak iklan anda.

Contoh: Kita offer servis katering untuk perkahwinan, kita boleh letak interest islam dan exclude married

Maksudnya kita target kepada orang islam yang belum berkahwin sahaja. Yang berkahwin kita exclude

5# Untick pada Expand interest

Untuk permulaan biasanya kami akan untick pada expand interest.

Expand interest ini, Facebook akan cuba bantu kurangkan lagi kos berdasarkan objektif kita dengan keluarkan iklan luar dari target interest kita.

Berdasarkan pengalaman kami, gunakan “expand interest” ini kurang membantu sebab seolah-olah kita dah beri kebebesan pada Facebook untuk keluar dari interest yang kita tetapkan.

Maksudnya jika kita dah set targeting Azizan Osman & SifuFBads tapi bila kita tandakan “expand interest” kita berikan kebenaran Facebook untuk cari audience luar dari yang minat selain 2 interest ni dengan harapan kita dapat kurangkan kos.

“Eh, Macam mana Facebook tahu nak kategorikan prospek kita?”

Ia berdasarkan setiap profile yang kita letak di Facebook; ada bahagian status, perkerjaan, gender dan sebagainya.

Selain tu, Algorithm Facebook tu sendiri sangat canggih.

Facebook sebenarnya boleh baca & kategorikan kita jenis orang yang macam mana berdasarkan apa yang kita tulis pada status, apa yang kita like, page apa yang kita masuk, apa rutin kita bila masuk Facebook dan macam- macam lagi.

Sebab tu, Facebook Feeds kita dengan orang lain tak sama. 🙂

Tips Tambahan

  1. Pastikan audience yang kita set jangan terlalu kecil. Jika boleh pastikan dalam lingkungan 100k -300k potential reach sebab jika terlalu kecil, iklan akan jadi sedikit mahal.
  2. Gunakan sepenuhnya customer avatar yang kita dah buat untuk tapis audience di bahagian interest

Kesimpulannya

Facebook dah sediakan platform yang terbaik untuk kita beriklan, tinggal kita sahaja yang kene belajar cara gunakan tools yang diberi dengan betul.

Moga apa yang dikongsikan memberikan manfaat kepada anda.

Ada Belajar Sesuatu?

Kalau anda rasa artikel di atas bermanfaat untuk anda sebagai usahawan online, mohon tolong klik butang Share di bawah dan kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Dan kalau anda nak belajar dengan lebih detail, saya syorkan anda untuk mendapatkan Pakej ViPER Reloaded saya (klik jer gambar di bawah untuk info lanjut).

Pakej Video Panduan Facebook Marketing Advance

Ada 41 video dalam panduan ini, dengan tempoh durasi selama 8 jam 24 minit.

Bukan itu saja, anda juga akan mendapat akses ekslusif ke Facebook Support Group khas, untuk mudahkan anda bertanya soalan dan dapatkan pandangan dari saya.

– Klik Sini Untuk Download Panduan ViPER Reloaded Sekarang! –

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *