Blog Firdaus Azizi

Nak Buat Prospek Terus Beli Dari Anda, Bukan Orang Lain? Ini 3 Strategi Penting Yang Anda Perlu Guna!

 

Ini realiti yang terpaksa kita hadapi.

Sekarang ni ada ramai orang yang jual produk atau servis yang lebih sama dengan kita.

Pembeli ada banyak sangat pilihan.

Soalnya…

Bagaimana kita nak pastikan prospek terus pilih untuk beli dengan kita?

Ini 3  strategi yang kita boleh guna untuk dapatkan prospek yang mudah close, walaupun kita baru berniaga online semalam.

InsyaAllah lepas guna strategi ini, prospek akan seperti tak sabar-sabar nak serah duit pada kita!

Bunyi nampak macam hype jer kan?

Tapi tunggu dulu!

Izinkan saya terangkan satu per satu di bawah.

3 Strategi Untuk Dapatkan Prospek Yang Senang Nak Close & Membeli

Strategi #1 – Recommendation

Berdasarkan kajian daripada Neilson Norman Group, faktor seseorang itu membeli dengan cepat adalah mereka dapat recommendation daripada orang yang mereka percaya.

Misalnya :

  • Hubungan darah : Ibu rekemen kat anak
  • Hubungan persahabatan : Rekemen dari officemate
  • Pakar : Rekemen daripada doktor.

Jadi…

Jika kita nak dapatkan prospek yang mudah close, boleh mulakan dulu dengan bertanya pada keluarga dan kawan-kawan.

Lagi bagus kalau mereka sedang tercari-cari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi dan produk membantu mereka.

Bagi yang sudah lama berniaga, buat baik dengan pelanggan sedia ada dan berilah reward supaya mereka rekemen kita kepada keluarga dan kawan-kawan mereka.

Strategi #2 – Product Demo

Anda pernah dengar istilah…

Show, don’t tell!

Ya, benar.

Ia bukan sekadar istilah.

Dengan gunakan strategi marketing jenis demonstrasi ini, prospek lebih mudah percaya apa yang kita ‘gebangkan’.

Contohnya, kita jual foundation make-up instant.

Kalau kita tulis sampai berbuih mulut seperti…

“Produk akak ni instant make up tau. Pakai sekali jer, tak capuk dah. Nak basuh pun mudah. Guna air biasa jer, sebab dia water-based.. Bla..bla..bla”

Orang susah nak bayangkan, apatah lagi nak percaya.

Lebih baik kita rakam video dan buat demo.

Penyampaian mesej lebih cepat dan prospek mudah percaya.

Dan prospek yang datang dari kempen iklan video demo ini, Insyaallah mudah nak close.

Sebabnya mudah.

Lepas tengok video, dia dah percaya kat kita!

Strategi #3 – Give Value First, Sell Later

Nak menjual produk atau servis, jangan terus menjual.

Lebih-lebih lagi kalau harga produk atau servis kita agak mahal.

Saya galakkan kita kongsikan manfaat dulu.

Bukan cerita kelebihan produk kita, tapi manfaat produk atau servis kita kepada hidup prospek.

Give value yang buatkan prospek rasa suka dekat kita.

Daripada suka, lama-lama nanti jadi percaya.

Misalnya, kita jual Servis Repair Handphone.

Ini adalah sejenis servis yang bukan diperlukan setiap hari.

Orang akan hanya perlu kita bila mereka ada masalah atau keperluan.

Maka, kita boleh bagi value dengan kongsikan manfaat tentang:

  • Cara penjagaan handphone supaya kekal lama
  • Cara lajukan handphone supaya tak hang
  • Aplikasi wajib yang perlu ada bagi seorang peniaga
  • Review tentang skrin protector yang bagus di pasaran
  • Dan banyak lagi boleh share

Dan yang paling penting…

Lepas kita dah siap konten-konten aka value tersebut, kita kena iklankan supaya ramai orang tahu.

Andai kata kita ada kedai, kita boleh target kawasan setempat jer dulu.

Insyaallah, dengan cara ini, kita akan buatkan orang yang ada handphone TRUST dengan brand kita.

Bila-bila masa handphone rosak, brand kita akan jadi prioriti sebab orang dah tahu dan tengok banyak kali iklan kita.

Lebih mudahlah kita nak jual dekat mereka.

Kesimpulannya…

Ini adalah kesimpulan daripada 3 strategi yang dikongsikan di atas.

  • Kunci untuk mudah close sale adalah dengan membuatkan orang percaya dengan kita.
  • Jangan jual produk kita terus, tapi ‘jual’ value dulu. Give give give, barulah sell!
  • Fokus pada result yang orang nak aka show, don't tell.

Saya harap perkongsian kali ini bantu beri idea kepada anda susun kempen iklan yang berkesan. Rasa berbaloi untuk share post ini?

Klik butang Share dan sebarkan manfaat pada orang lain.

Mahu Lebih Banyak Strategi Marketing Ikut Niche Bisnes Anda?

Team FAMES ada tawarkan sesi Personal Coaching selama 3 jam yang boleh dibuat secara online dan juga face to face.

InsyaAllah kami boleh bantu anda untuk susun strategi untuk tingkatkan jualan bisnes anda.

Jemput klik button di bawah untuk info lanjut.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Shares