Blog Firdaus Azizi

Dah Letak Harga Pun Masih Tanya “Berapa Harga?”. Geram Kan? Ini Puncanya!

Sebagai seorang seller, kita kena banyak bersabar.

Yela, nak melayan prospek ni memang macam-macam perangai ada.

Ada yang pm , terus mintak nombor bank, nak bayar. (Memang paling best dapat prospek macam ni)

Ada yang sebelum beli, segala jenis soalan ditanya sampai yakin, baru nak membeli.

Dan paling banyak, tanya harga, lepastu diam, sabar jelahh.

Lagi geram, bila tak letak harga kat iklan, sibuk marah-marah dekat komen.

Bila letak harga dekat iklan, macam takda beza.

Prospek still pm tanya harga.

Kenapa dah letak harga pun prospek masih tanya ya?

Mereka tak perasan ke buat-buat tak perasan?

Okay, jom kita kupaskan!

3 Perkara yang perlu kita faham semasa close sales dengan prospek

Dalam closing sales, ada 3 point yang anda kena faham dan bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana prospek sekalipun.

InsyaAllah, lepas anda faham 3 point ini, lebih mudah nak close sales.

Jom saya explain satu-satu, bismillah..

1# Behaviour Setiap Orang Berbeza

First sekali anda kena faham adalah behaviour atau sikap pembeli.

Terutamanya buyer Melayu, sikap mereka memang macam tu.

Letak harga kat gambar, kat video, tapi at the end, nanti dapat pm “sis, berapa yer harga tudung ni?”

In fact, based on pengalaman saya, jenis prospek begini, mostly adalah wanita.(jangan marah na, lelaki pun ada, cuma kurang)

Jadi kita jangan cepat melatah, layankan saja prospek kita.

Jangan marah ke perli pulak, tak elok, mana tahu rezeki kita masuk dari orang macam ni.

Mungkin propek macam ni saja nak communicate dengan kita dan nak tanya beberapa perkara sebelum beli.

InsyaAllah kalau kita sabar dan layan setiap soalan prospek, dapat anda closed dengan tenang.

Dan tips mudah, niatkan setiap prospek yang pm itu semua anda nak bantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih baik.

2# Kena Ada Flow Untuk Close Sales

Kita dah faham behaviour, sekarang kita go though flow untuk close sales pula.

Kita perlu ada SOP atau flow untuk close prospek.

Jangan main hentam jer, nanti kita akan stuck di satu tempat. Kemudian, masing-masing krikk krikk.

Sayanglah kan, mana tahu prospek tu memang dah ready nak membeli, tapi sebab flow kita “tergelincir” sikit, hilang satu customer.

Contoh biasa seller buat adalah push prospek tanpa dia sedar.

Yeke?

Macam mana?

Biasa tak tanya prospek:

“Cik nak beli ke?”

Cara ini akan membuatkan prospek rasa kita ni terlalu “pushy” atau mendesak untuk beli produk dengan segera padahal prospek masih belum bersedia nak beli.

Lebih-lebih lagi yang baru kenal / jumpa produk kita, mereka perlukan masa untuk kenal dan buat keputusan untuk beli produk anda.

Sediakan flow untuk…

  • Kenal prospek
  • Tarik minat prospek
  • Yakinkan prospek
  • Pujuk prospek

Sampailah dapat closing!

Bila kita ada flow yang cantik, automatik bukan kita yang close, prospek ter-close diri sendiri.

Sebab mereka yakin dengan presentation kita.

Okay, next ada satu lagi point yang perlu kita betulkan, iaitu copywriting/ ayat iklan.

Teruskan baca saya explain di bawah.

3# Copywriting

Selain flow sales, copywriting adalah senjata “frontliner” untuk tarik prospek anda.

Copywriting inilah yang akan jadi pembuka bicara untuk prospek tahu pasal produk kita.

Bila dia selesai baca dan berminat nak tahu lebih lanjut, dia akan Whatsapp/PM kita. Dan dalam Whatsapp/PM, baru kita close mereka.

Jangan terlalu bergantung bahawa copywriting yang akan beri 100% maklumat lengkap tentang produk.

Mungkin ada sebahagian yang “educated” saja akan baca dan faham info di copywriting kita.

Oleh yang demikian, dalam copywriting tak semestinya panjang-panjang nak bagitahu A-Z pasal produk kita.

Tapi jadikan copywriting ini “penyambut tetamu” paling menarik untuk prospek singgah post dan pm kita untuk tahu lebih lanjut.

Kesimpulannya

Kesimpulannya, masalah nak layan prospek tanya harga ni sebenarnya hanyalah perkara kecik.

Yang penting kena faham behaviour prospek, close mereka dengan flow closing yang betul, dan pastikan copywriting anda cukup menarik untuk tarik prospek singgah ke post anda.

Perlukan bantuan Team FAMES untuk advice iklan Facebook anda?

Jangan risau, anda buntu kami bantu. Di Team FAMES, kami sentiasa terbuka kepada anda yang ingin mendapatkan sesi coaching one-to-one bersama kami.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Shares