Lookalike Audience adalah salah satu fungsi tersembunyi dalam Power Editor yang jarang sekali digunakan oleh Facebook Marketer. Mungkin kerana ianya agak tersorok dan fungsinya yang sebelum ini agak terbatas, ramai yang tak tau apa itu Lookalike Audience.
Walau bagaimanapun, pada penghujung bulan Mac 2014, Facebook telah membuat kemaskini terhadap fungsi Lookalike Audience dengan memberikan beberapa fungsi tambahan dan lebih kawalan kepada pengiklan.
Dalam entri ini, saya akan terangkan tentang:
- Apa Itu Lookalike Audience & Kenapa Ianya Sangat Powerful
- Kemaskini Terbaru Lookalike Audience Yang Menguntungkan
- 7 Langkah Mudah Untuk Bina Lookalike Audience
- Cara Menggunakan Lookalike Audience Semasa Setting Iklan
- Tips Menggunakan Lookalike Audience Dengan Berkesan
Baca Juga: Amaran Dari Facebook – Jangan Minta Fans Like, Comment & Share Post Anda
Apa Itu Lookalike Audience & Kenapa Ianya Sangat Powerful
Lookalike Audience merupakan satu fungsi dimana kita menyuruh Facebook untuk mendapatkan senarai prospek (audience) yang mempunyai minat (interest) yang sama dengan prospek / pelanggan kita yang sedia ada.
Dengan kata lain, apabila kita menggunakan fungsi Lookalike Audience, kita boleh mendapat akses kepada satu kumpulan prospek yang sangat targetted kerana mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dengan kumpulan yang telah terbukti convert sebelum ini (convert dari segi Like, Lead ataupun Sale).
Apabila kita mempunyai kumpulan prospek yang sangat targetted, maka ini akan membantu iklan kita untuk mendapat lebih respon dan juga lagi mudah untuk terhasilnya jualan (kalau objektif iklan anda untuk jualan).
Kemaskini Lookalike Audience Terbaru Yang Menguntungkan
Sebelum ini, fungsi Lookalike Audience hanya boleh digunakan untuk Custom Audience, iaitu audience yang diperolehi menggunakan senarai emel, nombor telefon ataupun Facebook UID (Unique ID).
Orang-orang yang suka menyedut UID menggunakan software-software canggih seperti Social Lead Freak, FB Lead Chef dan banyak lagi sudah biasa dengan Lookalike Audience.
Alhamdulillah, bermula penghujung Mac 2014, fungsi Lookalike Audience telah di upgrade di mana anda juga boleh mendapatkan Lookalike Audience untuk:
- Fans (daripada Fanpage kita yang sedia ada)
- Website Custom Audience (daripada pelawat yang telah melawat website kita)
- Conversion Pixel (orang yang telah membuat belian atau memberikan emel address di website)
- Mobile App Install (orang yang telah install Mobile Apps kita)
Bukan setakat itu.
Sebelum ini, kita hanya boleh memilih untuk audience tersebut lebih kepada Similarity ataupun lebih kepada Reach.
Beza antara Similarity dengan Reach adalah:
- Similarity – 1% daripada orang yang paling ‘serupa' dengan audience kita yang sedia ada (sangat targetted)
- Reach – 5% daripada orang yang paling ‘serupa' dengan audience kita yang sedia ada (kurang targetted, tapi audience lebih besar)
Sekarang, kita boleh optimize sendiri percentage audience tersebut untuk Similarity atau Reach menggunakan ‘slider' dah melihat berapa anggaran size audience kita (gambar akan menyusul di bahagian seterusnya).
7 Langkah Mudah Untuk Bina Lookalike Audience Anda
Sebelum saya teruskan dengan cara bagaimana untuk membina Lookalike Audience anda, pastikan anda menggunakan browser Google Chrome kerana Power Editor hanya boleh digunakan dalam Chrome.
1. Masuk ke Ads Manager dan Klik Power Editor
2. Download Data Iklan & Page Anda
3. Klik ‘Ad Tool' dan Pilih ‘Audiences'
4. Klik ‘Create Audience' dan Pilih ‘Lookalike Audience'
5. Pilih Jenis Lookalike Audience
Anda boleh pilih mana sumber audience yang anda ingin gunakan dan juga Negara.
6. Adjust Similarity atau Reach
Anda boleh pilih and adjust berapa size audience yang anda inginkan.
7. Klik ‘Create Audience' Dan Tunggu Facebook Siap Proses
Facebook akan mengambil masa beberapa jam untuk menyiapkan Lookalike Audience anda. Ianya bergantung kepada size audience sedia ada dan juga size Lookalike Audience yang dibuat.
Cara Menggunakan Lookalike Audience Semasa Setting Iklan
Apabila Lookalike Audience anda dah di submit ke Facebook untuk di proses, anda boleh terus menggunakan audience tersebut untuk iklan baru anda.
Anda hanya perlu klik di bahagian Custom Audience dan anda boleh pilih audience mana yang anda nak gunakan.
Tips Menggunakan Lookalike Audience Dengan Berkesan
Saya pasti kalau anda dah baca sampai ke sini, anda pasti teruja nak cuba Lookalike Audience dan lihat kesannya. Sebelum itu, saya nak kongsikan beberapa tips untuk memastikan Lookalike Audience anda memberikan impak yang optimum.
- Untuk Lookalike Audience bagi Page, pastikan fans anda yang sedia ada adalah fans yang targeted. Bukan fans yang dibeli daripada servis tarik like.
- Untuk Lookalike Audience bagi Website Custom Audience, cuba gunakan custom audience yang specific untuk page tertentu (landing page atau page produk yang dijual) supaya anda bukan target secara rambang (bukan target semua orang yang masuk website anda).
- Walaupun menggunakan Lookalike Audience, anda masih boleh masukkan Precise Interest tambahan untuk fine tune targeting anda.
Baca Juga: Cara Pastikan Post Anda Selalu Keluar di News Feed Facebook
Cuba & Lihat Hasilnya
Saya harap tutorial ringkas tapi padat ini bermanfaat untuk anda. Cubalah gunakan Lookalike Audience untuk iklan baru anda dan kongsikan hasilnya di ruangan komen 🙂
Sumber Rujukan:
23 Comments
baru jumpa fungsi ni. nak cuba juga. terima kasih tuan 🙂