Kalau anda belum pernah membuat iklan di Facebook menggunakan video, sekarang mungkin masa yang terbaik.
Minggu lepas, Facebook telah mengumumkan bidding baru untuk ‘Video Ads' yang dipanggil ‘Pay Per View'.
[alert-note]Sebelum ini, bidding yang boleh digunakan untuk iklan jenis video hanyalah ‘Pay Per Impression' (Optimized CPM) atau Daily Unique Reach.[/alert-note] [alert-success]Bidding ini sudah boleh digunakan dalam Power Editor dengan gembira![/alert-success]Apa Kelebihan Menggunakan ‘Pay Per View'
Kalau anda memilih opsyen Pay Per View, anda hanya akan dicas apabila video anda ditonton selama lebih daripada 10 saat.
Ini bermakna, kalau video anda hanya ditonton selama 3 atau 5 saat, anda tak perlu bayar 1 sen pun kepada Facebook.
Menarik kan?
Kenapa Tiba-Tiba Facebook Baik Hati?
Facebook memperkenalkan bidding baru ini setelah mendapat aduan daripada ramai pengiklan yang terpaksa bayar kos iklan, walaupun video mereka hanya ditonton selama 3-5 saat sahaja.
Ini sangat berbeza dengan YouTube yang hanya mengenakan cas jika iklan ditonton selama lebih 30 saat.
[alert-success]Nak belajar buat iklan di Google, YouTube dan website-website popular? Download Video Panduan Adwords di sini![/alert-success]Pendek kata, Facebook rasa tercabar dengan YouTube 😉
Cara Untuk Menggunakan Bidding ‘Pay Per View'
Kalau anda berminat nak cuba buat iklan video menggunakan bidding Pay Per View, anda boleh ikut 5 langkah mudah di bawah.
- Create Campaign baru dan pilih Objective ‘Video Views'
- Create Ad Set
- Di bahagian ‘Optimization & Pricing', pilih Optimize for ‘Video Views – Pay Per View'
- Di bahagian ‘Pricing', pilih opsyen untuk tetapkan kos maksima untuk 1 video view (boleh cuba range dalam 50 sen ke RM1).
- Teruskan ke bahagian untuk create Ads
Anda boleh juga rujuk 2 screenshot di bawah.
[alert-warning]Bidding ‘Pay Per View' hanya terdapat dalam Power Editor buat masa ini.[/alert-warning] [alert-success]Kalau anda teringin sangat nak cuba tapi belum reti guna Power Editor, boleh muat turun Pakej Video Power Editor saya.[/alert-success]Tolong Kongsikan Ilmu Ini Dengan Rakan Anda!
Dah belajar sesuatu tu, jangan ‘makan' sorang.
Klik butang Share supaya rakan-rakan anda pun boleh manfaat.
One Comment
bidding Pay Per View ini penting utk mempelbagaikan lagi jenis iklan untuk kita menarik perhatian customer….kita buat iklan bawah 10 saat…hehe…