[Untuk Bisnes Owner] Ini 4 Perkara Yang Perlu Anda Buat Selepas Naik Cuti Raya Nanti

Kebiasaannya ketika bulan Ramadan, kebanyakan bisnes memang akan all out.

Tapi…

Bila dah naik cuti raya, ramai yang blur…

Betul tak?

Ada juga yang plan nak relaks dulu.

Sebab penat push jualan waktu Ramadan masih belum habis…

Tapi bila fikir jualan, mesti auto sakit kepala kan?

Sebenarnya, tak salah pun untuk kita slow down ketika musim raya ni.

Sebab normalnya kuasa membeli selepas bulan puasa pun akan berkurang.

Maklumlah, orang dah banyak spend duit untuk persediaan raya.

Cuma…

Kami cadangkan slow down tu bukan untuk berehat tau..

Tetapi, masa inilah kita perlu manfaatkan untuk nilai kembali prestasi jualan ketika Ramadan dan susun strategi untuk bulan yang akan datang.

Jadi hari ini kami akan kongsikan 4 langkah yang anda perlu lakukan untuk tambah baik bisnes anda selepas cuti raya.

Tanpa membuang masa, jom baca langkah yang pertama.

1) Hasilkan report Ramadan

Langkah pertama ni WAJIB anda buat.

Selalunya masa Ramadan inilah kita banyak test macam-macam strategi, kan?

Tukar angle iklan, tukar offer, tukar kreatif iklan, & banyak lagi kita test untuk push jualan.

Sayanglah kalau kita test macam-macam, tapi tak tengok hasil testing kita.

Jadi naik cuti raya nanti, anda perlu sit down dengan tim untuk berbincang bagaimanakah prestasi jualan Ramadan yang lepas.

Nanti bila dah siap laporan ni, boleh jadi rujukan untuk persiapan jualan Ramadan tahun depan.

Antara perkara yang anda boleh masukkan dalam laporan Ramadan ialah:

  • Berapakah hasil jualan dan keuntungan ketika Ramadan
  • Iklan manakah yang perform (yang mendatangkan paling banyak sales)
  • Kreatif manakah yang paling perform
  • Pakej/Offer mana yang paling dapat sambutan
  • Medium iklan/jualan mana yang paling banyak contribute untuk jualan
  • Cabaran dalaman & luaran yang dihadapi sepanjang Ramadan
  • Inisiatif yang telah dibuat untuk tambah baik & hasil

Siapa patut sediakan report ni?

Semua tim terutama bahagian operasi, jualan & pemasaran perlu terlibat untuk hasilkan laporan ni.

2) Analisa corak pembelian jualan Ramadan

Bila dah setel hasilkan report, WAJIB untuk buat analisa pula.

Buat report hanyalah proses kita keluarkan data.

Tapi…

Kalau nak tengok data yang kita keluarkan tu baik atau sebaliknya, kita perlu analisa lebih mendalam.

Perkara ni penting untuk dibincangkan bersama tim.

Supaya kita nampak sekecil-kecil ataupun sebesar-besar masalah.

Bila dah nampak masalah yang berlaku, bolehlah sama-sama fikir jalan penyelesaian supaya masalah yang sama tidak berulang.

“Tapi, data apa yang perlu kita analisa?

Bergantung kepada laporan yang kita rujuk.

Data jualan lain.

Data pemasaran lain.

Data operasi lain.

Dan daripada data-data ini biasanya kami akan tengok beberapa perkara:

  • Apa yang okay & boleh diteruskan
  • Apa yang tak okay, tapi boleh tambah baik
  • Apa yang tak okay/okay, tapi tak perlu diteruskan

3) Scale Down Iklan

Setel bab sales Ramadan, kita bincang soal iklan semasa pula.

Jadi, kalau anda plan untuk kekalkan iklan pada raya nanti…

Kami cadangkan untuk scale down dulu kos iklan daripada biasa.

Kenapa kena scale down?

Sebab kita tak tahu macam mana kuasa membeli semasa raya.

Kalau ikut pengalaman kami, ada bisnes iklan selepas Ramadan memang slow.

Tapi ada jugak yang bila spend iklan masa raya, iklan jadi murah & perform dari biasa.

Contohnya bisnes catering.

Kebiasaannya, bisnes catering ni permintaannya akan lebih tinggi pada musim raya.

Maklumlah, ramai orang yang buat majlis kahwin dan rumah terbuka.

Jadi tiada masalah kalau nak jalankan iklan biarpun waktu raya.

Nak selamat, mula dengan kos iklan yang rendah dulu, kemudian pantau performance.

Kalau okay, boleh scale-up.

Kalau tak, boleh off dulu.

4. Kekal aktif di sosial media

Okay kita dah masuk kepada langkah yang terakhir.

Jujurnya, langkah yang terakhir ni tidak susah kalau kita dah merancang lebih awal.

Tapi ramai yang tidak mampu nak buat sebab sibuk dengan urusan keluarga.

Tiada salahnya untuk kita berehat kejap sebab nak beraya.

Nak off iklan terus pun tiada masalah.

Namun, setidaknya pastikan untuk kekalkan momentum anda di media sosial.

Terutamanya buat anda yang mempunyai followers setia yang secara organik rajin tengok posting anda.

Contoh mudah untuk konsisten aktif raya nanti..

Kalau anda jual baju raya..

Rajin-rajinlah repost tag customer kita punya “ootd” di akaun media social kita.

Tak semestinya kena fikir from scratch nak buat content apa, nak buat caption baru.

Ataupun cara lain, anda boleh recycle kreatif yang relevan untuk dipost semasa raya seperti…

Tutorial tudung ke, resepi memasak ke…

Bergantung kesesuaian bisnes anda.

Bukan apa, media sosial ni kalau kita lama tinggal & tak update apa-apa…

Memang akan susah untuk algoritma push konten kita.

Jadi nak tak nak, memang kena berkorban sikit untuk kekal aktif di media sosial.

Nak senang, mana yang boleh recycle tu, schedule je siap-siap okay?

Jadi setakat ini sahaja perkongsian kami pada kali ini.

Semoga anda dapat meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang.

Daripada 4 poin di atas, kami sangat tekankan anda untuk utamakan bahagian report & analisa.

Jadi, siapkan checklist kerja untuk anda dan tim lepas naik cuti raya nanti, ok?

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Ikhlas dari kami,

Team Fames.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *