4 Langkah Mudah Close Sale Guna Whatsapp

Anda seorang peniaga online?Artikel ini khas untuk anda.

Pernah tak mengalami keadaan apabila banyak prospek yang bertanya berkaitan dengan produk anda,tetapi selepas anda reply whatsapp mereka..krik..krik..krik..(tiada sebarang jawapan).

Yang lagi bestnya apabila anda cuba menghubungi semula untuk follow up panggilan anda langsung tidak dijawab.

Ini antara masalah yang sering dihadapi oleh peniaga-peniaga ONLINE dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan bisnes anda lingkup.

Berita baiknya disini terdapat beberapa FORMULA KHAS STEP BY STEP yang anda boleh gunakan untuk memastikan pelanggan berkata “YA” kepada produk anda.

Berikut antara langkah-langkah yang perlu anda ambil sewaktu seseorang menghubungi anda untuk bertanya berkaitan dengan produk.

#1. Jangan berikan harga terlebih dahulu.

Kebiasaanya apabila seseorang menghubungi anda melalui whatsapp ,perkara yang pertama yang bermain di fikiran mereka adalah harga.

Pernah dapat mesej sebegini..PM price?. Apa yang berlaku apabila anda terus memberikan harga? Keberangkalian untuk mereka mendengar kata-kata anda selepas itu adalah tipis disebab mereka sudah mendapat apa yang mereka mahukan.

Jadi apa yang perlu anda lakukan jika mereka meminta harga dari anda?

Maaf sis sebelum itu boleh saya bertanyakan beberapa soalan ,sebab saya nak pastikan adakah produk ini sesuai atau tidak kepada sis

 #2. Kuasai perbualan dengan prospek anda.

Bagaimana untuk mengusai perbualan?Mudah sahaja apa yang penting anda kena sentiasa bertanyakan soalan kepada prospek anda.

Contoh soalan yang boleh ditanyakan adalah seperti nama siapa tinggal di mana dan sebagainya.Ini juga dikenali sebagai Instant Rapport.

Biar mereka merasai seolah-olah mereka telah lama mengenali anda.Apabila perasaan TRUST mula dibina maka lebih senang untuk anda teruskan berbual dengan mereka.

Soalan wajib yang anda perlu tanyakan ialah soalan apakah masalah yang sedang dihadapi oleh mereka :

Sis nak beli produk ini sebab masalah apa yer?Mana lah tahu saya boleh bantu?”

#3. Mendengar dengan penuh teliti.

Maksud mendengar ini bukannya anda kena hubungi prospek tersebut dan bercakap melalui telefon.Cukup sekadar mengiyakan apa yang mereka cuba terangkan kepada anda.

Anda boleh menulis seperti…owh..okay..betul tu..saya sokong dan sebagainya sebagai ayat seolah-olah anda memahami masalah mereka tersebut.Teknik ini nampak simple tetapi sangat berkesan.

Soalan seterusnya yang anda perlu tanyakan ialah :

Adakah sis pernah mencuba produk lain sebelum ini?”

Apabila mereka menceritakan pengalaman dengan produk sebelum ini, JANGAN SESEKALI anda menjatuhkan produk yang lain tersebut.

Cukup sekadar anda berkata bersetuju dan nyatakan kelebihan produk anda kepada mereka.Contoh ayat yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

Betul tu sis, ada seorang customer saya dulu pun mengalami masalah yang sama tetapi alhamdulillah setelah menggunakan produk ini masalah _________ ini pun hilang.

#4. Close Sale dengan yakin.

Jangan takut-takut untuk close sale.Tanya kepada prospek anda berapa unit yang ingin dibeli dan bila pembayaran akan dibuat.

Jangan sekadar menjual hanya satu unit sahaja.Tawarkan pakej yang lebih menguntungkan kepada prospek anda dengan memberikan diskaun kepada mereka.. Anda boleh tanya soalan seperti berikut :

“Berapa unit sis nak cuba?Kalau beli 2 unit akan dapat diskaun 20%.Satu lagi ini mungkin sis boleh bagi kepada ibu, sedara mara terdekat atau rakan yang mengalami masalah yang sama dengan sis”

Artikel ini berguna kepada anda?

Jangan lupa tekan butang SHARE di bawah ini.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *