Nak Cara Mudah Rekod Data Ads Spend Anda Lebih Daripada Sehari? Ini Caranya!

Anda ada isu nak masukkan data dalam ads manager setiap hari?

Kadang-kadang tu mesti ada rasa leceh & malas kan? lagi – lagi time kerja bertimbun.

Actually, ada cara mudah nak rekod ads spend ni. Nak tahu?

Ok jom!

Ini step yang perlu anda ikut :

1. Sebelum tu pergi ke Ads Manager anda terlebih dulu & gambar di bawah contoh overview yang anda akan nampak

2. Lihat simbol 3 line di sebelah kiri dan klik di situ

3. Klik “Ads Reporting

Anda akan nampak view macam ni:


4. Klik “Create Report”

4.1 Pada ruang “Report name”, anda boleh letakkan nama klien / ads account yang anda nak untuk buat report.

4.2 Pilih ads account yang anda nak rekod ads spend harian tu (boleh pilih lebih daripada 1 ads account)

Yang bestnya bila kita buat Ads Reporting ni, kita boleh gabungkan beberapa ads acc dalam 1 report ni untuk tengok ads spend.

Jadi anda tak perlu nak tengok ads acc berbeza untuk sesuatu kempen. Hanya boleh terus tengok daripada sini. Mudahkan 😄

4.3 Klik “Button Create” untuk step seterusnya

Lepas siap, anda akan nampak view ni.

5. Pilih “Pivot table” > klik “Continue”

Selepas itu anda boleh set setting yang anda nak pakai.

Saya tunjukkan setting yang biasa saya pakai.

6. Set “Campaign delivery” > tick semua status

Tujuan saya buat ni adalah untuk saya pilih semua kempen terlibat daripada yang tengah run sampailah yang saya dah delete / off

.Bukan apa, kadang-kadang kita terlepas pandang ads spend kempen yang telah didelete.

Akhirnya tersalah kira bab kos. Kalau sedikit tak mengapa, kalau banyak bawa bahaya pada bisnes atau klien.

7. Pilih “Day” untuk anda tengok ads spend setiap hari

8. Pilih Metric yang anda nak tengok bila rekod ads spend

9. Set durasi yang anda nak tengok di sini

Ini basic setting yang saya selalu guna bila nak rekod ads spend untuk beberapa hari.*

ini adalah ads acc contoh dan tiada ads berjalan 7 hari lepas. Sebab tu tiada data“.

Nota: Adjust basic setting yang anda nak tengok jika ia berlainan daripada apa yang anda mahukan. Contohnya anda nak masukkan Objective, Placement, Campaign name etc.

10. Paling penting: “Save” report anda setelah siap setup basic setting

Nanti anda akan nampak paparan ini di Ads Reporting tadi:

*Cara nak cari semula Report ni rujuk step 2.

Macam mana gunakan Ads Reporting untuk rekod ads spend Pada Hari Jumaat – Ahad?

1. Pergi ke Ads Reporting

2. Dekat filter tu saya akan cari berdasarkan nama kempen

3. Set durasi yang anda nak rekod ads spend

4. Export file .csv

Anda boleh pilih untuk Open / Save file > klik “Ok”

4. Copy ads spend amount ke doc reporting anda

Siap!

Dengan cara ini, saya dapat jimatkan masa saya untuk rekod ads spend dalam beberapa hari untuk saya siapkan analisis iklan.

Moga dengan sharing ini dapat bantu optimumkan masa anda untuk siapkan reporting dalam masa yang singkat 😀

Selamat mencuba!

Anda Tak Tahu Data Apa Yang Patut Dipantau Untuk Iklan Setiap Hari & Perlukan Cara Mudah Untuk Buat Reporting Dalam Masa Yang Singkat ?

Jom luangkan masa 1 jam anda secara personal bersama TEAM FAMES. Kami akan review iklan anda , kenalpasti puncanya dan terus kongsikan secara praktikal.

Ini antara topiknya:

✅ Copywriting
✅ Teknikal Facebook Ads
✅ Closing di website dan Whatsapp

Jangan risau, anda buntu kami bantu

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut :

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *