Bagaimana Buat Mesenger ads dengan Boost post

Artikel ini khas kepada yang nak buat ads guna objektif mesenger secara mudah dan pantas.

Kalau dulu kita hanya boleh buat messenger ads di ads manager je.

Tapi sekarang tak lagi.

Guna fungsi boost post je pun dah boleh.

Setting tak advance macam buat iklan guna ads manager. Maknanya, ada beberapa fungsi yang takde kalau buat iklan guna boost post.

Memang agak basic, tapi, ianya sangat sesuai untuk anda yang masih baru belajar guna Fb Ads,

Dengan fungsi boost post, anda boleh jimatkan separuh dari masa anda.

Selain tu, kita boleh buat iklan guna ‘multiple image'.

Untuk tambah power lagi… anda boleh gabungkan dengan chatbot.

Dalam artikel ni saya akan tunjukkan guna Manychat. Tapi, tak semestinya anda kena guna Manychat, boleh je guna chatbot lain.

Haaa… dah ready ke belum nak belajar?

Kalau dah, jom kita mulakan.

  1. Buat post seperti biasa sama ada multiple atau single image
  2. Tekan butang boost post
  3. Pilih Get More Message
  4. Pergi ke “Welcome Message” untuk edit masej. Welcome Message ni adalah, masej pertama yang prospek nampak lepas mereka klik butang message pada iklan anda.

Contoh: “Terima kasih sebab berminat dengan Produk kasih dari Page Hazwan Syahmi. Boleh saya bantu? Klik butang dibawah untuk pilihan”

  1. Selain welcome message, anda juga boleh setting butang yang anda nak prospek klik.
  2. Lepas tu, boleh masukkan targeting audience dan juga bajet ads
  3. Dan akhir sekali… klik butang “Boost Post”

Walaaaa… siap iklan kita!

Tapi, jangan seronok lagi ya? =)

Kita masih belum setting chatbot untuk autoreply message prospek lagi.

Untuk setup chatbot guna Manychat, boleh ikuti langkah ni:

  1. Pergi ke https://manychat.com
  2. Pilih page yang anda nak guna dengan chatbot.
  3. Klik pada automation —> keywords
  4. Pada bahagian keyword , masukkan “keyword”yang anda guna pada butang ads. Masukkan masej yang anda nak chatbot reply secara automatik.

Jadi, siap dah semuanya. 🙂

Mudah sahajakan?

Jadi lepas ni, anda boleh cuba sendiri untuk iklan anda. Tolonglah amalkan apa yang anda baca ni.

Sebab tahun 2019 ni kita dah kena mulakan guna chatbot.

Selamat mencuba ya!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *